Penerimaan semula bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula adalah proses biasa.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.
"Menerima Lokman yang telah dipecat keahlian beliau sebagai ahli biasa Umno adalah proses biasa. Sebelum ini pun ramai ahli Umno yang dipecat diterima semula sebagai ahli biasa," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Lokman dalam reaksinya berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sambil berterima kasih kepada Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan MT Umno, Lokman turut berazam untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberikan sokongan moral kepada saya selama ini," katanya dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebook Umno.
Lokman, yang juga Ahli Majlis Tertinggi yang menang bertanding jawatan berkenaan dipecat daripada Umno pada 7 Feb tahun lepas.
Beliau juga dikenali sebagai ‘Lobakman’ setelah Khairy Jamaluddin menyindir Lokman yang mempunyai IQ seperti lobak merah!
You better pray I don’t become President of UMNO. First thing I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) November 4, 2018
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.