Pages

Monday, October 11, 2021

Erra Fazira jadi isteri kedua ahli politik… Betulkah Peja?

 

Kecoh di Twitter apabila nama, Erra Fazira kembali menjadi sebutan di media sosial sejak semalam selepas terdapat khabar angin dia telah kembali menjadi isteri.


Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, Erra, 47, dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik.


Namun netizen itu mempersoalkan sama ada isteri pertama kepada ahli politik tersebut tahu tentang perkara itu atau tidak.


Sementara itu di Instagram miliknya, ibu kepada seorang anak itu kini aktif dalam aktiviti sukan iaitu berbasikal.





Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, Erra masih lagi belum mendirikan rumah tangga dan gosip yang sedang bertebaran di laman sosial dianggap satu perkara yang mengarut.


“Apa yang saya tahu, dia (Erra Fazira) masih belum berkahwin seperti yang digembar-gemburkan. Dia selalu bercerita tentang hal peribadinya kepada saya dan tidak pun dia bercakap soal kahwin.


“Kalau sekadar berkawan, saya kurang pasti. Tapi gosip Erra dan kahwin mengarut betul,” katanya kepada Media Kini.


Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun bercerai pada 2014.


Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya kini berusia 12 tahun.




No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.