Pages

Monday, October 18, 2021

Nur Sajat Kini Menetap Di Australia, ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia


Sekian lama menyembunyikan diri sejak hangat diperkatakan mengenai penahanannya di Bangkok, Thailand bulan lalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman muncul di IG Live tengah hari tadi.


Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memberitahu dia kini menetap di Australia dan memberi bayangan untuk tidak kembali semula ke negara ini. 


Sajat berkata, dia bersyukur kerana dirinya diakui secara sah sebagai wanita di bawah sistem perundangan Australia dan akan memulakan perniagaannya di sana. 


Malah, Sajat menyifatkan bahawa dirinya dan negara ini sudah bercerai dan tidak mungkin dapat bersatu kembali. 


“Saya berada di tempat yang selamat dan di mana saya boleh menjadi diri sendiri.


Di ruangan komen juga ada yang mahukan Sajat mengulas lebih lanjut tentang kes ‘menyeludup’ masuk ke negara jiran bagi mengelakkan dirinya ditangkap oleh pihak berkuasa.


“Apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka dan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja, saya juga menghormati kerja pihak Polis Diraja Malaysia yang menjalankan tugas dengan baik,” katanya.


Selain itu, Sajat turut memaklumkan yang segala perniagaannya di Malaysia sudahpun dijual dan kini berhijrah ke Australia untuk memulakan perniagaan baharu selepas selesai dikuarantin.


Di akhir ‘live’ tersebut, mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan Malaysia dan tidak akan boleh kembali ke sini lagi, dia juga tidak berasa ralat akan hal itu dan cukup teruja untuk memulakan kehidupan yang baru di Australia.


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.