Tahniah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilantik menjadi Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Surat pelantikan disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pelantikan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan sebagai Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri menjadi tular selepas gambarnya tersebar dalam media sosial bersama PM.
Sharil Hamdan merupakan seorang anak muda, berlatar belakang pendidikan dan pengalaman tinggi bakal membantu memperkasakan keadaan ekonomi negara yang kini dalam proses pemulihan.
Pelantikan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada golongan muda, semoga beliau dapat menjalankan tugas dan amanah besar dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Untuk rekod Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.