Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Sri Ismail Said merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau di Taman Sri Desa dan beberapa lokasi, melakukan kerja-kerja pembersihan dan menyampaikan sumbangan bagi sedikit-sebanyak membantu penduduk di sana yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Beliau kemudiannya melawat Klinik Kesihatan Kuala Krau dan mendapatkan taklimat mengenai keadaan pasca banjir di sana.
Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kesihatan Negeri Pahang khususnya bagi Daerah Temerloh telahpun diaktifkan sejak 8 pagi 19 Disember 2021 dan sehingga semalam, sebanyak 35 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi sementara 53 lagi telah dan sedang ditutup secara berperingkat di Temerloh.
Kemudiannya Khairy turut berkesempatan meninjau pengoperasian agensi-agensi kerajaan di PPS Dewan Belia Karak serta melawat beberapa penduduk di Taman Wijaya Karak yang kini membersihkan kediaman masing-masing yang terkesan akibat lumpur selepas banjir.
Seterusnya, beliau melawat ke Klinik Desa Sungai Dua, Karak yang terkesan teruk dengan beberapa keluarga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mendiami kuarters di sini tinggal sehelai sepinggang selepas banjir.
Menurut Khairy, KKM dan kementerian serta jabatan-jabatan lain akan terus komited membantu kesemua pihak yang terlibat.
“Sama-sama kita doakan agar semua yang terlibat tabah menghadapi ujian ini dan berdoa juga supaya banjir buruk seperti ini tidak akan berulang lagi”, katanya lagi.
KKM melipatkgandakan usaha untuk siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Please share to all Malaysian MCA Members,
ReplyDeleteSome MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
They are trying to tell us to support Donald lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES