Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengunjungi banduan Penjara Surabaya dalam misi dakwah dan kemanusiaan di negara tersebut.
Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, beliau memaklumkan telah berkongsi ilmu kepada banduan semasa melakukan ziarahi itu.
“Kami belanja mereka KFC, peralatan kipas dan kelengkapan lain. Baik-baik semuanya. Ramai juga yang kenal.
“Ketua penjara baik pengikut saya di TikTok. Ramai juga terharu. Katanya ini kali pertama dalam hidup orang belanja KFC,” katanya.
Ebit berkata, ramai banduan Penjara Surabaya menangis dan minta mendoakan mereka, namun beliau lebih berhajat pada doa mereka semua.
Menurut beliau, Allah S.W.T memberi ujian kepada manusia sebab sayang dan setiap insan adalah sama di sisi Tuhan.
“Belum tahu nasib akhir kita. Redha Allah yang kita kejar. Semoga kebaikan dan rahmat Allah beri pada mereka Allah beri sedikit pada diri saya ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.