Pages

Monday, July 20, 2009

Himpunan ”jatuhkan hukuman” anjuran Pakatan Pembangkang


Stadium Kelana Jaya dibanjiri lebih 3000 orang menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pakatan Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM.

Petang semalam, Pakatan Pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan.




Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian teo beng hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab".

Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab.

Hampir semua pemimpin yang berucap mengulangi perkara yang sama. Masing-masing bertindak menjadi juri dan hakim dan seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman SPRM bersalah sebagai pembunuh.

Selain itu, nama Datuk Khir Toyo, Datuk Ahmad Said dan Tan Sri Musa Hassan seringkali disebut, sementara isu seperti PKFZ, Kugan, Altantuya juga dijadikan modal ucapan.

Menurut penganjur, perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan bagi membolehkan pakatan pembangkang menghantar petisyen kepada kerajaan menuntut tiga perkara iaitu mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, mendesak Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan dengan andaian Beng Hock mati kerana terjatuh sendiri.

Pada perhimpunan berkenaan, hasrat untuk mendapatkan tandatangan 10,000 orang tidak tercapai kerana yang hadir tidak melebihi 4,000 orang. Malah daripada jumlah itu, ada yang kelihatan enggan menurunkan tandatangan mereka terhadap petisyen yang hendak dibuat.

Jumlah kehadiran ini hampir sama dengan kehadiran perhimpunan 100,000 orang yang juga diadakan di tempat yang sama hampir sebulan lalu yang bertujuan menjelaskan penolakan pakatan pembangkang terhadap idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain menjadikan SPRM, kerajaan dan beberapa pemimpin sebagai sasaran, perhimpunan tersebut mencatatkan satu sejarah baru apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri masin-masing memberikan ‘pengiktirafan’ kepada amalan berkesedudukan atau pun hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Ini apabila, kedua-dua kerajaan negeri mengumumkan akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan teman wanita Beng Hock yang kini mengandung anak hasil perhubungan mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula sebagai mana biasa terus menjatuhkan hukuman SPRM bertanggungjawab membunuh Beng Hock dan mendesak Ketua Pensuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Selepas itu Guan Eng pula mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan dengan megah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak akan melayan sebarang permintaan SPRM untuk datang ke pejabat suruhanjaya untuk disiasat.

“Jangan harap kami akan datang pejabat SPRM. Pejabat mereka di Pulau Pinang pun terletak di bangunan tinggi. Kalau nak jumpa atau siasat kami boleh datang ke pejabat kerajaan negeri,” katanya,

Tan Sri Khalid pula mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia untuk berkempen memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock.

Ketika Khalid sedang mengakhiri ucapannya, muncul pula Karpal Singh buat pengumuman beliau akan dakwa SPRM di mahkamah berhubung kes Beng Hock dalam sehari dua.


Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.

Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.

2 comments:

  1. salam bro...

    x ada apa yg nak dikomenkan, cuma hati ada rasa geram & sedih. Geram kerana ada golongan "BARUA CINA PR" masih x sedar mana bumi dipijak skang ni, sedih kerana ramai melayu yg bodoh meyanjungi BARUA CINA PR lebih dari bangsa & agama sendiri

    ReplyDelete
  2. ANJING2 BANGSAT ni saja je cari jalan nak kambing hitamkan SPRM dan PDRM. Bangsat2 ni tak sedar ke dalam Parti Setan dia,ramai pemimpin dia orang simpan bapak ayam, kaki pukul, ah long dan mcm 2 lagi setan gondol duduk sekali dalam parti. betul punya bangsat. PAS pun nak jadi bangsat jugak ke....? Opps,.. lupa. Org PAS kan ahli syurga. Jamin msk syurga ker....? Hua.. Hua.. Hua..

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.