Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, persiapan dan perancangan pemuda BN akan menepati citarasa dan inspirasi golongan muda di Merlimau dengan mengambil pendekatan mesra pengundi, dimana pemuda BN akan menganjurkan beberapa program khusus untuk pengundi di Dun Merlimau.
“Pemuda BN akan membawa satu pendekatan yang diterima dengan baik dari segi program, peluang yang bakal dilancarkan melalui seorang wakil rakyat yang datangnya dari Barisan Nasional”. Kata Khairy selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pemuda BN di Pusat Operasi BN Merlimau, Melaka.
Menurut Khairy lagi, beliau merasakan anak muda di Merlimau sudah pun menyokong Barisan Nasional cuma mahu memberi keyakinan yang lebih dengan kehadiran pemimpin pemimpin pemuda dari pusat.
Beliau, berharap pengundi muda di Merlimau akan terus memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional oleh kerana pendekatan yang dibawa oleh Barisan Nasional untuk DUN Merlimau adalah untuk terus melihat kepada kemajuan, peluang pendidikan, peluangan pekerjaan, peluang perniagaan dan sebagainya.
“Yang saya pasti akan banyak tertumpu kepada anak anak muda, kalau kita melihat hampir dua ribu pengundi muda lelaki sahaja yang ada di DUN Merlimau ini, saya yakin bahawa hanya Wakil Rakyat Barisan Nasional yang boleh menjamin masa hadapan yang lebih cerah kepada pengundi muda yang ada di DUN Merlimau” katanya, -Politik Harian
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.