Pages

Saturday, February 19, 2011

Video: KJ dianugerahkan Sayap Penerjunan Airborne - Ada Berani


Luah semangat patriotik ikut latihan tentera

KUALA NERANG: Komitmen dan pengorbanan tinggi selama lima minggu menjalani Latihan Asas Kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 di Zon Gugur, Padang Terap, Padang Sanai, di sini membolehkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dianugerahkan sayap penerjunan Tentera Darat.


Gambar kenangan bersama KJ




Khairy dianugerahkan sayap berkenaan selepas berjaya mendarat dengan selamat bersama 79 lagi pelatih penerjunan Tentera Darat pada akhir latihan semalam yang turut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Ahmad Badawi.

Abdullah kemudian diberi penghormatan untuk memakaikan sayap berkenaan kepada menantunya itu.

Gimik acara tamat latihan semalam dimulakan dengan 10 penerjun bagi kursus Ahli Paracut Tahap 1 dan diikuti kursus Ketua Penerjunan Tahap 2. Secara keseluruhannya seramai 80 penerjun menerima sayap bagi Tahap 1, manakala seramai 21 penerjun menerima sayap bagi Tahap 2.

Pada majlis itu, semua pelatih melakukan penerjunan pada ketinggian 304.8 meter menggunakan pesawat CN-235 sebelum mendarat di depan Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Khairy berkata, beliau bangga dan puas kerana berjaya menamatkan penerjunan yang memerlukan tumpuan dan komitmen tinggi selama lima minggu menjalani latihan berkenaan.

Katanya, ini adalah adalah cara beliau untuk menterjemahkan semangat patriotik kepada negara dan tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang harus menjadi ikutan kerana baginya setiap orang ada cara sendiri untuk menterjemahkan semangat patriotik.

“Saya sebenarnya sudah lama mahu melakukan ini, tetapi baru sekarang saya berkesempatan kerana terlalu banyak perkara dan kerja yang perlu saya uruskan sebelum ini.

“Bukan mudah untuk melakukannya dan bagi saya ini adalah perasaan sebenar bagi orang (tentera) yang sebenarnya mempunyai tahap pengorbanan lebih tinggi kepada negara,” katanya pada sidang media.

1 comment:

  1. Salam Perantauan. Tahniah.Menceburi pasukan Wataniah sahaja adalah suatu pengurbanan cukup besar dari diri Khairi, seorang awam dan ahli politik muda,apa lagi mendapatkan sayap penerjunan payung terjun asas. Ini memerlu komitmen , disiplin dan keberanian cekal dari seseorang.
    Benar, cara kita menunjukkan semangat patriotisma adalah berlainan. Aktiviti berfaedah sebegini di kalangan belia Malaysia juga dapat menghindar dari terlibat dengan kegiatan tidak berfaedah seperti penyalahgunaan dadah serta perbuatan anti sosial lain. Bergiat dalam pasukan simpanan tentera di samping berlatih untuk berperang dan bersedia untuk sebarang kemungkinan adalah suatu tuntutan agama juga.Mungkin pengorbanan melalui bidang ketenteraan merupakan salah satu sifat paling murni seorang insan dapat tunjukkan untuk menyatakan rasa cinta dan taat setia kepada Agama Islam,Raja ,Negara dan Bangsanya. Syabas KJ.

    westaussiemalay@gmail.com
    Kapten(B),RAMD
    Australia Barat

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.