Pages

Saturday, August 6, 2011

Mahasiswa Unisel Gegar Khalid Ibrahim Rombak Jawatankuasa Senat

Mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak jawatankuasa senat universiti itu bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik.

Desakan itu merupakan sebahagian daripada lima tuntutan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) yang mewakili mahasiswa Unisel ekoran kemelut pentadbiran universiti itu yang mendapat tekanan politik sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr. Rosti Saruwono pada 3 Ogos lalu.

Mereka menuntut, rombakan harus dilakukan Lembaga Pengarah Unisel termasuk Abdul Khalid selaku pengerusinya supaya tidak melanjutkan kontrak empat ahli jawatankuasa senat sebagai jalan penyelesaian kemelut pentadbiran universiti milik kerajaan negeri itu.

Empat yang dicadangkan itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Anuar Ahmad; Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam yang kontrak masing-masing akan tamat pada Disember 2011.

Turut dicadang tidak dilanjutkan kontrak ialah Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Unisel, Datuk Latifah Hassan yang tamat pada 1 Ogos lalu.

-Mahasiswa Unisel menempelak pihak pentadbiran yang tidak matang dan memalukan nama baik universiti dan seluruh warganya.

-Mendapati kemelut ini telah bermula pada 2009 lagi iaitu ketika Dr. Rosti dilantik menjadi Naib Canselor Unisel, perbalahan dan kepincangan sudah pun berlaku.

-Kesannya menyebabkan kemasukan mahasiswa baru merudum, pentadbiran dan pengurusan yang lembap, pembangunan infrastruktur tidak terjaga, hal-hal akademik tidak diselia dengan baik, kebajikan mahasiswa tidak dijamin dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perarakan membantah pentadbiran Unisel di sini, hari ini.

-Mahasiswa Unisel turut mendesak agar Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemelut yang berlaku ketika ini.

-Menuntut agar pelantikan jawatan kuasa senat universiti yang baru harus diputuskan oleh satu jawatankuasa khas yang tidak lagi melalui Exco berkaitan kerana dikhuatiri wujudnya kronisme selain calon yang terpilih tidak memenuhi kriteria tertentu.


1 comment:

  1. Khalid Ibrahim wajib letak jawatan! ternyata ada campurtangan politik dlm UNISEL

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.