"Beta tidak berkenan orang-orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik di dalam kawasan Universiti Selangor.
"Universiti ini adalah tempat untuk belajar, berbincang, dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat penyelidikan dan eksperimen tentang sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan lagi taraf industri di negeri ini, titah Baginda. Baca lagi disini...
Ini bukan kali pertama nasihat dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Isnin mengenai berbagai isu melibatkan pentadbiran sejak PKR memerintah negeri itu tiga tahun lalu.
Tapi Kerajaan Puak Pembangkang dibawah pimpinan Khalid Ibrahim tidak pernah mengindahkan pesanan yang disampaikan oleh Sultan. Macam tidak ada apa yang berlaku.
Bukti Azmin Ali & Khalid Ibrahim Campurtangan di UNISEL
Azmin Ali menulis di Twitter kononnya inginkan Naib Canselor yang memahami aspirasi pelajar. Bukan aspirasi pelajar yang dimahukan Azmin, tetapi aspirasi PKR dan DAP yang dimahukan.
Khalid: "ahh.. nape bodoh sangat aku ni?"
Khalid Ibrahim tidak menafikan beliau campur tangan di UNISEL baca disini...
Bagus! Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, sudah buat student hilang mood nak belajar di UNISEL.
Bila dah tak ada student nanti MB Selangor akan bayar duit gaji pekerja UNISEL dengan mengguna duit rakyat Selangor!
Pernah berlaku sebelum ini dimana Kerajaan Selangor membazir wang Rakyat dengan mengguna Dana RM1 Juta untuk gimik Politik! sila baca disini...
Selepas menang PRU12 dulu, macam-macam tuduhan dan tohmahan dilontarkan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN), tapi hari ini mereka lebih teruk dari Kerajaan BN.. Penipu Kepada Rakyat (PKR)
Malangnya jadi rakyat Selangor sekarang ni.
klu pkr x mampu perintah selangor biar saja bn yg perintah
ReplyDeleteUBN campur tangan dalam kampus tak apa, sebab UBN tu bagus. Orang lain tak boleh. Sebenarnya semua kampus di Malaysia ini sudah diUBNkan dari peringkat atasan hingga bawahan. Bukankah ini membawa politik ke kampus juga? Kadang-kadang istilah pol;itik ke kampus ini hanya cakap kosong, semua orang lakukan kesalahan termasuk UBN. Bukan sahaja kampus, sekolah rendah pun UBN nak masuk juga, budak-budak diajar politik UBN.
ReplyDelete