Friday, August 5, 2011

Selangor Membazir Wang Rakyat Guna Dana RM1 Juta Untuk Gimik Politik!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggunakan dana rakyat untuk membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baharu.

Menurut mereka, sepatutnya bantahan yang dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menggunakan wang parti politik.

-Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan tersebut merupakan satu pembaziran kerana dana rakyat seharusnya digunakan untuk tujuan pembangunan negeri bukannya bagi kepentingan politik.

Tindakan tersebut dilihat hanya sebagai gimik politik. Jika mereka berasa sistem daftar pemilih yang ada sekarang tidak telus, mengapa tidak bantah dari dulu dan saya lihat mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.

-Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, PKR Selangor kini telah jauh menyimpang dari landasan politik sebenar kerana dilihat menggunakan kuasa pemerintahan yang ada secara sewenang-wenangnya.

-Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berpendapat, tiada salahnya kerajaan PKR Selangor membuat keputusan menyediakan dana untuk membuat bantahan itu bagaimanapun ia mestilah menggunakan wang parti.

-Presiden Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan PKR Selangor menyediakan dana kepada rakyat di negeri itu sebagai sesuatu yang wajar.

Biarpun duit yang mereka gunakan adalah duit rakyat di negeri itu tetapi ia digunakan untuk membantu kepentingan rakyat yang hendak membuat bantahan dan tidak semestinya dana disediakan oleh parti yang memerintah.

2 comments:

Anonymous said...

Khalid adalah seorang Menteri Besar yang akan memajukan diri sendiri dan dap!

Anonymous said...

masa lepas menang PRU12, mcm2 tuduhan & tohmahan kpd kerajaan lama, tp hari ini mereka lagi teruk dari kerajaan dulu.. Penipu Kepada Rakyat PKR