Pages

Monday, September 26, 2011

Panas! Ram Ponusamy Akan Bongkarkan Penyelewengan PKR Pahang!


Bekas Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy semalam mengadakan satu sidang media tergempar tentang isu panas yang melibatkan dirinya. Ponusamy (Ram) dipercayai kecewa dengan pemecatan tersebut biar pun dia masih belum mendapat "hitam putih" daripada pihak parti sendiri.

Sidang media telah diadakan di restoran miliknya dekat Air Putih di sini kira-kiran jam 1.00 petang tadi. Difahamkan, antara kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ialah dia mempertikaikan kewajaran PKR Pahang itu.

"Sehingga hari ini, banyak persoalan saya tentang parti masih belum terjawab terutamanya isu akaun parti. Saya banyak kali suruh pihak berkenaan mendedahakan status terkini kewangan parti. Namun, mereka memberi berbagai alasan yang tidak munasabah", kata Ram.

Ram juga kecewa dengan perkembangan terkini, jika benar dia akan dipecat oleh parti hanya kerana dia didapati rapat dengan Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim. "Saya bukan sahaja hadir ke majlis pelancaran KITA di Jerantut, malah saya juga selalu makan dengan dia. Apakah itu salah?", katanya.

"Mereka tiada bukti saya sudah sertai parti KITA. Mereka hanya dengan khabar angin dari pihak tertentu kononnya saya sudah menyertai KITA. Sedangkan saya tidak pernah mengatakan akan keluar dari PKR dan menyertai KITA. Jika tidak, kenapa saya tawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan", tambah beliau lagi.

"Saya akan lawan habis-habisan dengan pempimpin terbabit, sebab saya ada bukti berupa dokumen penyelewengan yang telah mereka berdua lakukan. Saya akan bongkarkan tidak lama lagi", tambah Ram Ponusamy.


Laporkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut jer RAM!

Berita terdahulu: Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Sebulat Suara Setuju Pecat Dua Pemimpin Parti Tersebut

1 comment:

  1. Cantik, penyelewengan perlu dibongkar hingga ke akar umbi sebab isu serupa ini melibatkan integriti dan akauntabiliti. Cuma, jangan bias dan selektif iaitu apabila mendapat keuntungan maka dibuat pendedahan, apabila sebaliknya membisu seribu bahasa. Misalnya saman puluhan juta atas MB Pahang?

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.