Sunday, September 25, 2011

Panas: Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Sebulat Suara Setuju Pecat Dua Pemimpin Parti Tersebut


Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang semalam, sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat Ahli Majli Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy.

Turut dikenakan tindakan yang sama ialah Abd Rahman Othman (Bob Rahman) bekas Ketua Cabang PKR Pekan. Keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat PKR Bentong dekat sini.

Keputusan itu dibuat gara-gara tindakan pemimpin terbabit yang dipercayai telah terlibat dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.



Keputusan mesyuarat yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abd Rahman itu telah mengejutkan ramai pihak sebenarnya.

Sebelum ini memang sudah ada "khabar angin" mengatakan Ponusamy atau lebih dikenali sebagai Ram bakal meninggalkan PKR. Tambahan pula dia dilihat bersama Zaid ketika pelancaran Parti KITA di Batu Balai, Jerantut awal tahun ini.

Namun, beliau menafikan tindakan tersebut dan memberi alasan kehadirannya ke program berkenaan hanyalah sebagai menghormati jemputan kawan. "Saya hadir atas undangan sahabat dan tidak lebih dari itu.

Tiada kesalahan yang saya lakukan. Zaid juga adalah sahabat saya. Kenapa perlu kenakan tindakan terhadap saya", kata Ram ketika itu. Difahamkan, Ram dan Abd Rahman bakal bertanding untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan pada Oktober ini.

Mereka akan menentang Roslan Mohd Tahir bagi jawatan Ketua, manakala Ram pula bakal ditentang oleh Mohd Kamal Yusof bagi jawatan Timbalab Ketua. Dengan keputusan MPN Pahang semalam, apakah ini bermakna mereka berdua juga tidak layak untuk bertanding bagi jawatan terbabit?.

Kami akan mendapatkan maklumat terkini tentang kedudukan kedua-dua pemimpin terbabit. Jika benar, keputusan mahu memecatkan mereka maka ia pastinya akan memberikan malapetaka yang lebih besar kepada parti PKR di Pahang secara keseluruhannya dalam masa terdekat ini.

Sumber: Pahangdaily Online.

1 comment:

Edy Kuantan said...

PKR Pahang dah nazak..tunggu nak talkin je..