Pages
▼
Thursday, September 29, 2011
Penipuan Pakatan Pembangkang di Felda di Dedahkan!
Menyedari masyarakat Felda adalah antara penyumbang besar kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya, pembangkang kini dilihat cuba mengatur strategi bagi mempengaruhi golongan ini untuk berpaling tadah.
Menurut Ketua Bahagian UMNO Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said strategi pembohongan itu telah dikesan di mana pembangkang telah mengedarkan borang kepada generasi kedua dan ketiga untuk memasuki Felda.
“Borang tersebut dikenakan RM10. Ramai yang telah tertipu dengan agenda licik pembangkang ini. Bukan itu sahaja, pembangkang juga memujuk masyarakat Felda untuk menyaman Felda dan mereka yang berminat dikenakan yuran sebanyak RM50. Sesiapa yang menarik diri pula dikenakan bayaran sebanyak RM500.
“Lihatlah betapa liciknya taktik pembangkang memperdayakan rakyat. Duit-duit tersebut entah ke mana dan masyarakat Felda yang terpedaya, semakin tersepit. UMNO Bahagian Kuala Krau kini sedang berusaha memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai isu ini. Sebab itu orang rakyat harus berfikir panjang sebelum mempercayai pembangkang,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, pembangkang sebenarnya semakin terdesak bagi berdepan pilihan raya umum akan datang.
Oleh itu kata beliau pembangkang akan menggunakan segala tipu muslihat untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.
“Disebabkan rasa terdesak itulah mereka juga mencipta beberapa isu dan isu paling hangat kini adalah isu hudud.
“Sekali lagi rakyat harus berfikiran jauh kerana kita, UMNO dan BN sentiasa memperjuangkan agama Islam namun jangan jadikan masalah hudud sebagai ukuran sesebuah negara itu Negara Islam atau tidak. Sesebuah Negara Islam itu bukan ditegakkan kerana hukum hudud tetapi kerana prinsip keadilan yang diamalkannya,” ujarnya lagi.
Ismail menasihatkan agar rakyat khususnya masyarakat di Kuala Krau agar sentiasa berfikir panjang untuk menilai apa juga isu yang sengaja ditimbulkan pembangkang.
“Demi meraih perhatian masyarakat, tidak mustahil pembangkang akan melakukan apa sahaja asalkan mereka berjaya memenangi hati rakyat. Agenda mereka bukanlah untuk membela rakyat seperti apa yang BN dan UMNO lakukan sejak azali tetapi semata-mata kerana mahukan kuasa.
“Apabila mereka mendapat kuasa maka masalah rakyat tidak akan dipedulikan dan semuanya hanya diserahkan kepada kerajaan Pusat. Kita dapat lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang dan jadikan ianya satu iktibar. Jangan sampai kita tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari,” katanya.
Ketika ditanya mengenai gerak kerja di Kuala Krau menjelang PRU 13, Ismail menjelaskan, jawatankuasa telah ditubuhkan di semua peringkat malah di peringkat cawangan juga telah diarahkan untuk membersihkan semua bilik gerakan.
“Saya akan melawat setiap bilik gerakan bagi memastikan ianya telah dibersihkan dan bendera parti dikibar. Kita telah bersedia menghadapi PRU sekaligus mengekalkan semua kerusi di Kuala Krau,” ujarnya. – MediaUMNO
banyak dah FELDA disaman.. felda menipu ke pembangkang yg menipu? awat pembangkang takde kene saman pon ngan peneroka? yang kene saman banyak felda je.. duit felda berbillion hilang tah kemana.. tu la.. bila perompak dilantik menjadi pengerusi bank.. kekeke...
ReplyDelete