Pages

Thursday, September 29, 2011

Hukum Hudud Bukan Agenda Pakatan, Mesyuarat Gagal Kata Sepakat!


HAHAHA! Sendili belak lepas itu kata itu belak UMNO yang punya! Gila punya orang! 

Mereka tidak pernah sepakat dalam apa pun jua! Masing-masing ada kepentinganm sendiri! lebih memalukan apabila PAS lebih rela ikut telunjuk DAP dari ikut hukum Allah!

Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan mendapat tentangan hebat dari pemimpin DAP dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat semalam.


Laporan Agendadaily: Ada kalangan lebih 30 wartawan dan jurugambar yang rasa macam nak give up tunggu lama sangat mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat PAS di Jalan Laut ,Kuala Lumpur Rabu malam.

Kalau siang lain cerita.Ia bermula sekitar jam 9 malam dan berakhir lepas tengah malam.

Kerana mengenangkan ini mesyuarat penting dicelah kehangatan PAS dan DAP bertegang urat pasal isu hudud maka semua menahan sabar menunggu sidang akhbar selepasnya.

Harap-harap dapat penjelasan penuh dan dapat tembak segala macam soalan. Namun lain ceritanya. Sidang akhbar yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim cuma sekitar 10 minit. Sudah tu nak tanya lebih-lebih beliau potong kata dah malam sangat semua letih.

Hadir sama di sidang akhbar itu ialah Pengerusi DAP Karpal Singh. Sebelum ini beliau jarang hadir mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kata Kelantan tetap nak laksanakan hudud tidak hadir pada mesyuarat ini.Beliau diwakili oleh Exco Kerajaan Negeri Takiyuddin Hassan.

 Isu hudud kembali hangat bila Karpal berentap dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana marah beliau membangkitkannya semula.

Malah beliau melepaskan kata-kata yang menyengat label Nik Aziz sebagai orang tua yang merengek cari perhatian.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghangatkan lagi bila menegaskan seluruh pimpinan pusat DAP akan letak jawatan dalam parti jika hudud dijadikan sebahagian dari agenda PR.

Nyata apa yang muncul dari mesyuarat lebih tiga jam itu tidak menepati kata-kata Anwar sendiri sebelum ini bahawa mesyuarat berkenaan perlu mencapai satu konsensus pasal hudud.

Ikut ceritanya mesyuarat berlangsung hangat. Namun semua pimpinan PR yang hadir gam mulut tidak mahu cakap mengenainya.

Anwar memulakan sidang akhbar dengan membaca kenyataan enam perenggan yang nampak terlalu umum mengenai hal itu,seperti berikut:

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Segajat (Universal Justice) Pentadbiran Yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Baca lagi laporan mesyuarat Pakatan Haram semalam di sini...

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.