Perang dingin puak DAP nampaknya semakin rancak bunuh membunuh sesama sendiri... dan kalau boleh mereka mahu kapankan Karpal Singh dengan kadar yang segera... kalau dulu Karpal Singh sibuk suruh pemimpin lain berundur, kini sudah tiba masanya untuk beliau pula di undurkan..
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP negeri itu meledak secara terbuka.
Ini semua kerana Ramasamy membuat keputusan sendiri umum mahu kemuka tiga calon pilihanya untuk PRU 13 dan juga sendiri umum beliau mahu bertanding semula kerusi DUN Prai dan Parlimen Batu Kawan yang disandingnya sekarang.
Ramasamy: Saya sedia tinggalkan DAP
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata beliau sedia meninggalkan DAP jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai ‘godfather’ atau ‘bapa angkat.
Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.
AJK DAP dakwa terima Ugutan Bunuh dari Penyokong P.Ramasamy
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, YB. RSN Rayer mendakwa beliau menerima panggilan dari beberapa individu yang mendakwa akan membunuh beliau jika meneruskan kritikan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang YB P.Ramasamy.
Rayer turut mendakwa pemanggil tersebut mengakui dirinya merupakan penyokong kuat P.Ramasamy dan memberi amaran agar tidak membangkitkan lagi isu yang diketengahkan Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang.
Gambar pisau.net
Pagi tadi inilah yang berlaku dihadapan hotel Pearl View apabila 120 org penyokong P.Ramasamy berhimpun depan hotel dgn 9 banner antaranya:-
Pagi tadi inilah yang berlaku dihadapan hotel Pearl View apabila 120 org penyokong P.Ramasamy berhimpun depan hotel dgn 9 banner antaranya:-
1) Rayer penipu minta maaf pada ramasamy
2) Tanasekaran (katak bagan dalam) non-performing adun! Don't hide behind sifu 3) Rayer siapa kamu pengkianat kaum inida.
4) Kami sokong penuh YB Prof Ramasamy
5) Our full support YB Prof Ramasamy
6) kami menyokong YB Prof Ramasamy timbalan ketua menteri Pulau Pinang
Karpal Singh dah kena, ini bermakna tak lama lagi giliran Kit Siang pulak... patut lah Kit Siang suruh selesaikan masalah ini dengan segera...
Ini lah padahnya geng mafia bersidang!
karpal sama nik aziz sudah sain kontrak pegang jawatan seumur hidup...
ReplyDeletemereka hanya pentingkn diri sendiri bukan pentingkn rakyat!