Pages

Monday, December 12, 2011

Negara Berkebajikan Tanpa Hudud, PAS Buktikan Setia Dibawah Telunjuk DAP


PAS hari ini mengemukakan dokumen polisi terbarunya berhubung Negara Berkebajikan, yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud. Apa yang kita lihat pelancarankan Negara Kebajikan tanpa hukum hudud ini sebenarnya hanya sekadar mahu menunjukan taat setia Pas di bawah telunjuk DAP, PKR.

Namun presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep yang mahu dibawa PAS itu masih mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

Sebaliknya, bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di Shah Alam, hari ini, Abdul Hadi berkata dokumen 10 perkara itu adalah lanjutan agenda Negara Kebajikan yang telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan intipatinya telah dimasukkan ke dalam dokumen polisi Pakatan Rakyat yang dikenali sebagai Buku Jingga.

Ini hanya sekadar janji manis... kerana jika Pas mahu memperjuangkan negara kebajikan kita boleh lihat berapa ramai rakyat di Kelantan dan Kedah mendapat pembelaan di bawah pemerintahan parti itu.

Tanya lah apa pandangan... rakyat tegar Kelantan yang rasional menetap lebih 20 tahun di bawah PAS, hingga kini mereka masih bergelut dan mengharapkan air paip bersih dari kerajaan PAS negeri itu.

Lebih 20 tahun masa berlalu dan kini mereka disogok janji baru, semuanya konon boleh dilakukan dalam tempoh pakatan haram berkuasa.

Janji lagi... hanya itu lah yang mampu PAS lakukan ... namun siapapun boleh berjanji seperti 10 agenda utama yang digariskan dalam risalah itu antaranya hendak hapuskan tol dan pelbagai lagi yang kononnya ' berkebajikan ' untuk rakyat.

Perjuangan negara berkebajikan yang dilaungkan Pas ini juga tiada makna kerana ia gagal dibuktikan di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

Walau apapun alasan umum sudah melihat betapa Pas kini dilihat mengikut telunjuk rakan sekutunya DAP dan PKR apabila menukar dasar perjuangannya dari membangunkan Islam kepada negara berkebajikan.

Pas yang kini sudah hilang arah perjuangannya kata beliau akan terus berada di bawah telunjuk rakan pakatannya yang selama ini langsung tidak menghormati Pas dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.