Faten Afeeqa bt. Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antrabangsa, Universiti Perlis Malaysia:
“Kecewa! Kerana tindakannya itu terlalu diperbesarkan dan seolah-olah menjadi ‘ikon’ mahasiswa walhal saya sebagai student tidak setuju pun dengan tindakan itu. Apatah lagi jurusan yang dia ambil adalah sebagai pendidik. Kalau inilah contoh atau ‘ikon’ kepada bakal anak-anak muridnya nanti setelah bergelar pendidik, sukar untuk saya bayangkan. Mahasiswa secara umum dilihat sebagai golongan istimewa kerana pandangan bersifat akademik dan profesional namun tindakan beliau melambangkan sebaliknya”.
Muhamad Aizat b. Saad, 22 tahun, jurusan Pentadbiran Muamalah, Universiti Utara Malaysia
“Bila dia (Adli Adam) buat begitu maknanya dia tak menghormati pemimpin. Walaupun marah tetapi tak sepatutnya buat begitu. Pemimpin walau apa juga tindakannya mestilah dihormati kerana pemimpin bertungkus-lumus siang dan malam mengurus dan mentadbir Negara untuk rakyatnya. Ada 2 efek yang saya lihat pertama, mahasiswa yang menyokong tindakan beliau dan kedua mahasiswa yang tidak menyokong beliau. Apa pun, kedua-dua kumpulan (yang menyokong dan menolak) akan terbuka untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi dari menurunkan bendera pada masa akan datang kerana pengaruh negative itu telah pun dibuka”.
Hafsah bt. Mohammad Noor, 24 tahun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
“Sikap dia (Adli Adam) yang tidak menghormati pemimpin ada berbagai persepsi. Pertama, beliau adalah ‘orang Melayu’. Bangsa lain akan melihat inikah sikap orang Melayu kerana tidak ada laporan penuntut berbangsa lain yang terlibat waktu hari kejadian (menurunkan bendera). Mahasiswa lain kini terpalit dengan perbuatan negatif beliau walaupun sebenarnya kami tidak pun terlibat sama dan tidak bersetuju. Kedua, mahasiswa kini sudah terasa dengan kehadiran politik dalam kampus walaupun AUKU belum dipinda dan baru dicadangkan untuk dipinda. Saya secara peribadi cukup tidak berkenan dengan perasaaan ini (kehadiran politik dalam kampus) kerana ia mengganggu pembelajaran saya sendiri”.
Intan Syafinas bt Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Perlis Malaysia:
“Not polite at all! Kalau pun dia merasa marah, apabila memorandum telahdiserahkan, cukuplah! Maknanya hajat beliau dan gerakannya telah tercapai. Tapi aksi menurunkan bendera itu amat tidak patut. Lagi satu, apabila mahu meminta maaf sebagaimana yang saya lihat dalam youtube, kena bersyarat. Apa ni? Kita bangsa Melayu penuh adab kalau mahu mohon maaf, ikhlas. Bukannya bersyarat berbagai. Nampak sangat tak ikhlas. Dan lagi satu, tindakan dia menurunkan bendera setelah lama kejadian memorandum diserahkan adalah tindakan pengecut. Kenapa tak maklumkan dulu nak turunkan bendera? Kenapa buat curi-curi?
Mohd Rizuan b. Mohd Haran, 24 tahun, jurusan Sastera Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
“Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, saya faham tindakan Adli dalam menuntut hak mahasiswa, namun, menurunkan bendera itu bukan tindakan matang dan saya rasa secara peribadi ianya telah dirancang awal oleh pihak tertentu yang mempergunakan mahasiswa yang terbabit dalam kejadian untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya, kalau betul nak serah memorandum, kenapa PWTC yang menjadi pilihan mereka? Kerana ianya ibu pejabat parti (UMNO). Sepatutnya ia diserahkan di Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Perdana Menteri sendiri di Putrajaya, bukan di PWTC.
Nurul Nadirah Fazmin bt. Narawi, 21 tahun, jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
“Sukar saya ucapkan. Apatah lagi saya sendiri dari UPSI. Beliau (Adli) mencipta sejarah tersendiri, sayangnya sejarah yang tidak dapat dibanggakan oleh mahasiswa lain di UPSI. Sesungguhnya tindakannya mencalar imej kami secara khusus sebagai mahasiswa dan imej universiti kami secara am. Saya sendiri menolak perbuatannya walau dengan apa juga alasan yang diberikan, tidak kiralah alasan kerana menuntut hak mahasiswa atau alasan politik yang sesungguhnya tidak mewakili saya pun sebagai mahasiswa. Saya tak pasti kalau ‘silence’ mahasiswa seperti saya pun tak setuju. Apa yang pasti, saya kesal dengan perbuatannya!"
Sumber: KritisOnline
R'Ain, mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru: "Perbuatan Adam Adli mungkin agak keanak-anakan. Tetapi dalam kes ini, beliau melakukan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan perhatian pihak berkenaan supaya tidak memandang enteng permintaan mahasiswa. Ini juga untuk menyedarkan kerajaan bahawa mahasiswa adalah aset penting negara yang harus diberi perhatian dan peluang sewajarnya".
ReplyDeleteSilap bro dia buat mcm tu utk dptkan perhatian Anwar ibrahim bukan kerajaan...
ReplyDeletekepada R'ain
ReplyDeletekerajaan sentiasa mendengar luahan dan permintaan mahasiswa. tetapi pendekatan sesetengah mahasiswa yang mengada-ngada seperti adam adli. kerajaan sentiasa membuka ruang untuk perbincangan malah untuk dibahaskan di dalam parlimen.cara mahasiswa yang berdemo lebih terang terang mengandungi idealogi pembangkang, terutama idealogi anuwar ibrahim yang sama sekali tidak dipersetujui oleh sebilangan besar orang melayu dan kaum lain. contohnya menidakkan kuasa pemimpin yang dipilih. mengatakan kerajaan sekarang rejim yang kejam.cuba lihat dalam negara sekarang siapa rakyat yang merasa mereka tertindas. rakyat bebas sebenarnya. negara kita aman dan makmur. berkenaan tuntutan SMM, cubalihat kepada realiti sekarang. adakah mahasiswa melayu maju dan kehadapan berbanding bangsa lain. mahasiswa melayu termundur berbanding mahasiswa kaum lain, sebabnya hanya satu iaitu mahasiswa melayu lebih cenderung menyalahkan kerajaan dan orang lain disebabkan kemunduran mereka. walhal semua keistemewaan yang kerajaan telah beri memihak kepada mahasiswa melayu. dengan kuotanya, matrikulasinya, ptptnnya dan sebagainya. mahasiswa melayu terramai di ipta dan ipts tetapi masih terkebelakang dalam hal hal pembelajaran. cuba difikir mengapa kerajaan memberi keistemewaan kepada mahasiswa melayu. sedarlah wahai mahasiswa, anda semua tiada tempat di pasaran terbuka jika anda masih gagal dalam pembelajaran di ipta dan ipts. jika inilah sikapnya mahasiswa melayu maka tidak mustahil pada masa akan datang, melayu hanya tinggal melayu. islam hanya pada nama bukan lagi perbuatan.
Bukan dia yg nak buat..tetapi ada hantu dibelakangnaya..initu Anwar Ibrahim...yg memnag hendak anak-anak muda ini sepertinya..yg tak lulus U..
ReplyDeleteAnon 5:47 terima kasih sebab akhirnya ada yang guna adab melayu to reply me. ^^ Saya setuju kebanyakan mentaliti melayu sangat suka menyalahkan orang lain. Tetapi keterbelakangan melayu ini juga kerana kita berada dalam zon selesa dan kurangnya jati diri dalam diri anak-anak muda melayu menyebabkan mereka lebih mudah terjebak dalam aktiviti2 yang boleh menurunkan kualiti pembelajaran.
ReplyDeleteDemo bukan jalan terakhir dan bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Tetapi demo ini membawa kembali isu kebebasan mahasiswa ke media perdana. Our votes still count you see.
I have to stress here that I'm not a fan of demonstration and I think the whole menurunkan bendera thing is pretty childish for a university student. But it is understandable considering that he is only 22, a hot blooded young man trying to make a stand for his belief.
Kenapa tidak kita treat this issue with some Malay's dignity? Instead, people tried to defame him with nonsense and unfounded accusations and totally sidestepped the root of the problem. This will become a new post if I keep writing. TQ for reading. :p
Alahai Rain, jangan la bagi sebab kartun. Budak2 macam korang ni la yang senang kena tunggang. Alasan lepas tu, oo kebebasan itu ini. Pigi lah. Tengok betul2 sapa yang bagi idea buat tu ni. (senyum kambing)
ReplyDeleteKorang ni lah jenis bangsa keturunan yang tak jumpa susah orang2 macam 13 Mei, komunis. Tak tahu macam mana payah jerih bermandi darah nak selamatkan bangsa melayu. Bahasa senang faham, tak sadar dek untung. Sebab tu besar kepala, ingat korang boleh buat apa suka.
Nak tahu macamana melayu ada dignity? Jangan sampai jadi balik sejarah hitam negara. Kali ni jangan terperanjat, melayu bunuh sama melayu untuk cina india. Bangsa lain tepuk tangan. Pegi la belajar lagi, jangan sibuk jadi balaci orang.
--tutup--
Saya Mahasiswa daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka mengecam tindakan Adam Adli dan mendesak beliau memohon maaf pada Perdana Menteri Najib Razak.
ReplyDeleteSaya mahsiswa universiti teknologi malysia,skudai ,johor: saya mngecam tindakan yg kononye brani tp bodoh adam adli yg memalukan sluruh wrga mhsiswa@wi ipt..nsihat sy slgi dnamakan seorg pljar,tumpukan je la pda pengajian,kalo nk brpolitik bek ko brenti blja dn truskn perjuangn ko yg ntah ape2 tu,.(pejuangn ko yg lebih mmbela anuar ibrahim aljubohri)
ReplyDeleteSaya pula bekas mahasiswa yang sudah bekerja dan hidup selesa. Saya mengecam perbuatan bodoh Adam Adli. Semoga Tuhan membalas perangai anda dengan kesukaran...baru anda tahu berperangai baik ada banyak untungnya! Amin.
ReplyDeleteKalau ye pun si Adam tu nak tarik perhatian, janganlah sampai menurunkan bendera PM di PWTC tu.. Apa yg menjadi kemarahan ramai ialah tindakan Adam bila berada di PWTC yg merupakan ibupejabat Parti PM.. BUKAN sbb dia menuntut kebebasan Mahasiswa..
ReplyDeleteTindakan Adam Adli tu kita boleh ibaratkan seperti masuk rumah seorang gadis,menghempas frame gambar ibubapa gadis itu dengan niat tuk menarik perhatian ibubapa gadis tersebut.. agak2 ibubapa gadis tu nak terima x si Adam Adli tu jadi menantu dia...??? Adakah dengan menghempas gmbr tu menandakan gadis itu hak mutlak(kemenangan) Adam??? bukan ke tak bersopan tu namanya(sbgi perbandingan mudahlah ye) siapapun akan marah dan tersinggung..
Disini sy sebagai bekas mahasiswa yg telah bekerjaya dan hidup selesa di bumi bertuah Malaysia ini juga kesal dengan tindakan Adam. INGATLAH.. tiada satu pun kerajaan di dunia ini yg sempurna kerana ianya juga diuruskan manusia yg tidak lari dr melakukan kesilapan. tp kita bantulah kerajaan kita memperbaiki kelemahan yg ada dengan cara berhemah dan terpuji sepertimana yg dituntut bukan dengan cara tuk menghancurkannya..
JANGAN TUTUP TUNTUTAN MAHASISWA DGN ISU TURUN BENDERA.
ReplyDeleteMemang R'ain. Dia sudah mendapat perhatian pihak tertentu, pihak itu adalah Brother Anwar Bin Ibrahim (B..B..) Buktinya, mereka sudah diundang untuk meraikan kebangangan itu di rumahnya.
ReplyDeleterain
ReplyDeletemmg dapat PERHATIAN sgt si adam buat mcm tu...itu bukan contoh yg baik...kita selidik balik latearbelakang nya....mahasiswa konon2 nak perjuangkan kebebasan tetapi pelajaran (paling UTAMA) kena titik beratkan...apa yg nak diperjuangkan sgt..abiskan pelajaran dan bekerja....ini lah anak muda sekarang.....busy sgt dgn POLITIKNYA....g ceramah politik sgt suka but nak pegi mendalami agama sgt sedikit masa sekarang
turun bendera pon dh marah2....yg hina hukum si Pencipta kamu x marah2 mcm ni...ada x mahasiswa sama ada Pro M mahupun Pro A wat demo kutuk video hina hudud....x de...x pandai bezakn yg zahir dan batil...
ReplyDeletegua sudah jatuh ati sama hafsah.sweet lo.ada no fon dia x bro?
ReplyDeletewa kalau dapat nak sunat2 je adam adli tu
org suh masuk uni belajar
bukan kecoh nak berpolitik
kurang ajar
mahasiswa melayu je kecoh
orang lain fokus study
wak lu
Sebagai Mahasiswa saya xpernah terasa ditekan sms di Universiti kerajaan... & kerajaan pun xpernah nak tekan mana2 pelajar melainkan mereka yang menekan diri mereka sendiri.. Menggunakan Mahasisiwa sbgi bentang politik adalah sesuatu sangat mendukacitakan... itulah mengapa ada sesetengah pihak cuba menjadikan mahasiswa sebagai perantaraan mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan seterusnya menghancurkan keamanan yng dikecapi selama ini. saya tak sangka bagaimana Adam Adli ni seorang mahasiswa yang terlalu taksub berpolitik sedangkan peranan kau di hantar ke universiti adalah untuk belajar dan mendalami ilmu!Kau tu bukan menyumbang apa2 pun kp negara, kan lebih elok kau menyampaikan dakwah Allah S.W.T drp kau berpolitik sedangkan Kaupun tak tahu yang mana satu pihak yang benar dan yang mana satu pihak munafik! Selama ini, aku tak pernah percaya apa yang di panggil reformasi. Adakah reformasi itu merupakan satu taktik untuk memenangi politik yang tersimpul satu dakyah demi memusnah negara islam ataupun ianya hanya satu agenda yang tersirat yang kita tidak tahu apakah kesudahan dimasa kelak. Jesteru itu, sebagai mahasiswa kena berfikir panjang-panjang sebelum bertindak. Jangan pula kau ibarat "sudah terhantuk baru ternada".
ReplyDeleteBagi aku, isu utamanya ialah Auku. Apa tujuan AUKU sebenarnya. Tujuannya ialah untuk membantu anak-anak Melayu FOKUS menguasai ilmu. Itu yang sebenarnya. Kita sudah la lemah dari segi ekonomi. Isu turun bendera tu hanya sampah saja. Nak politik tunggu la habis belajar. Perkara senang pun tak boleh pikir. Macam mana melayu nak maju huhuhuh
ReplyDeletesaya mahasiswi universiti teknologi malaysia, skudai..tidak bersetuju dengan tindakan adam adli dan rakan-rakan nya...sepatutnye mereka lebih jelas tujuan masuk universiti adalah untuk menuntut ilmu..silap besar sekiranya adam adli mengatakan bahawa die mewakili mahasiswa lain..kerana tidak ramai pon yang sutuju dengan tindakannya... diorang sepatutnya sedar siapa yang membantu kita ANAK MELAYU..saya sendiri tenguh peratus kemasukan ANAK MELAYU di UNIVERSITI..malanganya hampir 88% anak melayu yang masuk universiti adalah disebabkan kuota dan bukannya disebabkn KEPANDAIAN.jika nak diikutkan kepandaian kita..saya rasa terlampau sikit bilangan ANAK MELAYU yang menuntut di universiti..jadi mohon semua mahasiswa menghargai usaha yang dilakukan kerajaan..jangan mudah melenting...tugas pemimpin sangat besar.dan seandainya keputusan sudah dibuat.pemimpin itu tahu apa yang terbaik..JANGAN MELAYU HILANG DI DUNIA
ReplyDelete