Pergolakan dalaman politik PAS sekarang sudah masuk ke dunia hiburan pula.. Hari ini Malaysiakini menerbitkan satu artikel seakan-akan hampir sama dengan tajuk cerita "I Know What You Did Last Raya" cuma beza tajuk dari Malaysiakini "We know what you did last Ramadan, PAS tells Hasan".
Mungkin lepas ni mungkin ada pengarah yang akan menerbitkan filem ini... hahaha lawak siut!
Perang dingin antara Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa VS PAS boleh bikin parti tersebut jadi bertambah cacamarba,' damage control '.
Yang tidak seronok didengar pula... Adakah patut diaorang duk sibuk perang mulut lepas tu nak salahkan UMNO pulak! apa punya umatlah puak PAS ni! PRASANGKA betul! inikah ajaran Islam PAS?
Berikut adalah ugutan dari Mustapha kepada Hasan Ali...
We know what you did last Ramadan, PAS tells Hasan
Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.
Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.
"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.
Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".
Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.
boleh menang box office ni..
ReplyDeletePAS dikuasai Erdogan Anwar yang semakin mengejar kuasa dan tidak lagi memperjuangkan Islam
ReplyDelete