Pages

Saturday, July 23, 2011

8 Orang sahaja Yang Hadir Ceramah Bersih 2.0 Chegu Bard

Hanya 8 orang sahaja yang hadir di Majlis ceramah Chegu Bard di Taman Rantau, Negeri Sembilan, selebihnya kelihatan budak-budak SAMM diarahkan untuk duduk memenuhi ruang kerusi yang kosong.

Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan perangai Chegu Bard yang suka memutar belitkankan fakta dan sering menabur fitnah disetiap ceramahnya.

Orang kampung pun dah meluat nak dengar ceramah Chegu Bard... Ok besok aku akan update full story dan gambar lagi...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khalid Selangor Ku Atau Selangor Gagap Ku... Ku...


Slogan baru yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim "SelangorKu" sebenarnya adalah Selangor Aku Yang Punya.

Di bawah kenyataan Khalid Ibrahim pada April 13hb 2008:

Mari kita bongkar pemberian secara terus projek-projek Kerajaan Selangor yang diberikan oleh Si Khalid Gagap Ku.. Ku...










Kehebatan "Selangor Ku" juga ialah beri projek kepada Cina ku... ku...

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sedang berunding dengan syarikat, ‘China State Construction’ bagi membaik pulih Sungai Klang dalam usaha menjadikannya sebagai kawasan hijau dan tempat membeli belah di sekitar bandar raya Shah Alam.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata syarikat tersebut, mempunyai keupayaan teknikal dan berpengalaman luas serta layak untuk membangunkan Sungai Klang.

Melalui pertemuan dua hari dengan syarikat itu di Shanghai baru-baru ini, Hassan berkata beberapa perwakilan daripada China akan tiba di negeri ini untuk membuat tinjauan awal.

“Pandangan awal mereka berminat untuk bangunkan Sungai Klang. Syarikat ini merupakan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di China. Mereka ada keupayaan teknikal dalam bersama-sama membangunkan Sungai Klang.

Kenapa? orang Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini ? Kontraktor Melayu tak mampu ke nak buat kerja ini. Kenapa kena bagi dengan kontraktor Cina ?

Baca artikel ini juga: Skandal Khalid Ibrahim, Eli Wong ?


87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway


OSLO 23 Julai - Seorang lelaki berpakaian seragam polis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan remaja, mengakibatkan sekurang-kurangnya 80 terbunuh, selepas sejam serangan bom ke atas bangunan pejabat kerajaan Oslo yang mengorbankan tujuh orang.

Lelaki berkenaan berkenaan dikenal pasti berusia 32 tahun, rakyat Norway masuk ke pulau peranginan Utoeya yang menjadi tempat perkhemahan remaja berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang.

Sebelum itu serangan bom telah menyebabkan tingkap pejabat perdana menteri dan kementerian minyak dan kewangan berkecai. Perdana Menteri Jens Stoltenberg tidak berada di dalam bangunan berkenaan ketika serangan.

Pemangku ketua polis Sveinung Sponheim berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan beberapa orang lain dalam serangan itu.

Polis telah menahan penembak berkenaan yang dikenali sebagai Anders Behring Breivik dan polis turut menemui bom yang gagal diledakkan dipasang di pulau terbabit. - Reuters

3000 Serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Melaka


Lebih 3,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT), lepasan sekolah dan orang ramai menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Jumaat, semalam.

Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, catatan hari pertama itu berdasarkan stiker yang dikeluarkan.

Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sehingga hari Ahad.

Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.

Difahamkan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin akan turut berada di MITC pada jam 2petang ini...

Rebutlah peluang pekerjaan di BNYJF yang berlangsung pada hari ini dan esok...

Mat Sabu Wilcha Tampil Dengan Videonya, Saman Polis RM300,000


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman. Dibawah adalah video yang membuktikan beliau tidak bersalah...

Betul ke Mat Sabu Wilcha nak Saman PDRM... Kita tengok video dibawah Mat Sabu Di Rempuh Polis...


Mat Sabu Guna Talian Hayat Kedua, Tukar "Statement"...


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagaikan cacing kepanasan setelah pihak polis menyiarkan rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan. Langkah seterusnya Mat Sabu menggunakan talian hayat yang kedua, ubah "statement" untuk menyelamatkan diri beliau.


Rakaman cctv bukti Pajero Polis tidak rempuh motosikal Mat Sabu


Statement pertama pada 15, July yang lalu : Laporan Malaysiakini - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu beliau selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.



Statement terbaru yang merupakan talian hayat kedua: Laporan Keadilandaily - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Tidak mustahil juga selepas ini Mat Sabu akan mengunakan talian hayat ketiga yang terakhir dengan meminta batuan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti mana beliau bebas dari hukum khalwat dengan isteri orang ketika itu yang bernama Norma pada 31 Januari 1995. Ianya berlaku di bilik 121 Hotel Perdana, Jalan Mahmood.


Nampaknya lakonan Mat Sabu bertambah hebat semenjak berkawan dengan orang yang pernah digelarnya Al Sheikh Al Juburi... Ini fakta bukan auta sila baca disini...

Kejujuran Mat Sabu mengaku bahawa dia pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Sheikh Al Juburi patutlah dipuji. Sekurang-kurang dia ikhlas dalam membuat tuduhan, walaupun kini dia sendiri telah angkat bendera putih.

Fikir fikirkanlah... Janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik yang berteraskan kepada pembohongan, putarbelit hanya kerana mahukan kekuasaan dan pemerintahan...

Pembangkang Semakin Terdesak Timbulkan Isu Pembelian Kapal Selam


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam ‘Scorpene’ dari Perancis pada 2002.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin pada majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

“Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas,” katanya selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Naib Presiden UNMNO turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

“Jangan hanya menuduh sebelah pihak…Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.

Sumber: Umno-Online

Midnight Movie : Mari Tonton Video Bersih 2.0 Punca Kematian Baharudin

Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan.





Berita Penuh sila klik disini...

Friday, July 22, 2011

Mazlan Aliman Pengerusi ANAK Diperintah Bayar RM8000 Kepada FELDA

Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat dan juga merupakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), diperintah Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini agar bayar RM8000 kepada FELDA dan RM8000 kpd Pengurus Rancangan Lembah Klau.

Ini kerana peguambela Felda, Dato Hafarizam berjaya ketepikan saman RM20juta Mazlan atas tuduhan mengekang beliau berceramah..

Tuduhan konspirasi dengan polis ditolak.. Ini bermakna, mengikut GSA, pengurus berhak untuk halang sesiapa dari buat kekacauan dengan timbulkan tidak harmoni dalam kawasan rancangan..

Satu je aku nak cakap, Mazlan Aliman ini anak peneroka Felda yang tidak reti nak kenang budi dan jasa baik yang telah diberikan oleh Kerajaan!

Sikap seperti ini betul-betul menyedihkanlah... Fikir-fikirkan...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isu RM 100 Untuk Bayi Buat Guan Eng Meroyan


Blogger Penang Pejuang Bangsa palam Guan Eng... Haha kita tengok Komunis Lim Guan Eng terkena...

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng DAP mendakwan BN dan UMNO menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang, dibawah jawapan segala tomahan yang dilemparkan oleh Guan Eng!

- BN dan UMNO sekali lagi menfitnah Program Anak Emas Kerajaan PR Pulau Pinang sebagai berbentuk rasuah dan pancing undi bila belum ada pilihanraya dan RM100 diberikan kepada setiap bayi dan bukannya kepada mana-mana pemimpin PR.Malah Suruhanjaya Pilihanraya pun tidak boleh menyatakan ianya ada kaitan dengan pancing undi bila tidak ada mana-mana pilihanraya sekarang.
( Ini kalau bukan rasuah apa dia... sebab memang sah-sah syarat kerajaan DAP Pulau Pinang hendak bagi RM100 kepada bayi yang lahir jika ibu-bapa 'budak' itu adalah pengundi.)


- Sungguh tidak waras dan tidak bertanggungjawab untuk BN dan UMNO mentakrifkan pemberian wang untuk meraikan tambahan cahaya mata kepada Pulau Pinang kepada rakyat sebagai amalan rasuah kerana pemberian wang kepada rakyat memang tindakan mana-mana kerajaan yang baik di dunia.
( KERAJAAN BN BERI SUBSIDI BERBILLION RINGGIT KEPADA RAKYAT & BULANAN BANTUAN JKM INI KIRA KERAJAAN BAIK DI DUNIA ...HAHA )

- Sehingga hari ini saya tidak pernah ditangkap ataupun disiasat pun melakukan rasuah kerana berikan wang kepada rakyat. ( NAK MENGUAP PULAK BACA YANG NI )

- Oleh itu, BN dan UMNO harus meminta maaf dan menarik balik tuduhan jahat rasuah ini kerana memperbodohkan rakyat seakan-akan rakyat boleh dibeli dengan rasuah RM100 sahaja.
( BUAT APA NAK MINTA MAAF , MEMANG KERAJAAN DAP CUBA BELI UNDI RAKYAT DENGAN RM 100 KERANA IA HANYA DISYARATKAN KEPADA PENGUNDI DI P.PINANG SAHAJA )


- BN dan UMNO perlu menjelaskan mengapa mengutuk kerajaan negeri PR bagi wang sedangkan satu sen pun tidak dibagi kepada warga emas dan bayi semasa BN memerintah Pulau Pinang sebelum ini.
( SATU LAGI KENYATAAN BODOH GUAN ENG YANG TIADA FAKTA , BANTUAN BULANAN JKM KEPADA WARGA EMAS ( BOT ) RM 300 SEBULAN ITU APA ? )

Ejen Soros Ditahan Di KLIA



AIDCNews – Seorang ejen kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros telah ditahan oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini untuk siasatan lanjut yang difahamkan berkaitan campur tangan pihak asing dalam politik negara ini.
Ejen Soros itu bernama William Bourdon, seorang peguam Transparency International (TI), satu organisasi yang ditaja oleh Open Society Institute (OSI), milik Soros.
Menurut anwaribrahimblog, peguam yang berasal dari Perancis itu, tiba di Pulau Pinang sejak semalam yang dijemput berucap oleh SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) berkenaan dakwaan ‘Ops Scorpene’ (pembelian kapal selam Scorpene) di Bayan Baru. Klik di sini
Turut berucap semalam adalah Cynthia Gabriel (Pengarah SUARAM), Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Tian Chua (Naib Presiden PKR) dan Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS). Klik di sini
Bourdon yang juga merupakan peguam Human Right Watch (HRW) satu lagi organisasi tajaan Soros itu dijadualkan akan berucap dalam majlis makan malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
“Pegawai imigresen sedang ‘menyoal Bourdon’, kata Gabriel, Pengarah SUARAM.
SUARAM merupakan salah satu NGO yang menjadi rangkaian operasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini pernah didedahkan mendapat tajaan dua yayasan dana dari Amerika Syarikat iaitu NED (National Endowment for Democarcy) dan OSI.
Menurut Gabriel, Bourdon berada di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur kerana jemputan NGOnya, SUARAM, untuk memberi penerangan berkenaan kes kapal selam Scorphene selain daripada bertujuan untuk mengumpul dana sekurang- kurangnya RM100,000 bagi membiayai kos guaman membawa kes tersebut ke mahkamah Perancis, September ini. Klik di sini
Bourdon adalah peguam hak asasi manusia yang pernah menjadi Setiausaha Agong FIDH(International Federation for Human Rights) dan sekarang pengasas dan Presiden Sherpa Association.
FIDH dan Sherpa Association ditaja oleh OSI dan NED. Klik sinisini dan sini 
Sumber - AIDC

Maklumat Bocor Dari Mesyuarat PKR: Nurul Izzah Calon Permatang Pauh, Azmin Lembah Pantai. Amibiga Bertanding Tiket PKR


Tian Chua nak main game apa dengan pihak media. Kononnya, Pakatan Rakyat sudah hampir menyelesaikan senarai calon untuk Pilihanraya Umum ke-13. Ini pengumuman Tian Chua. Berapa ramai orang yang nak percaya pun kita tak tahu. Sebabnya. seperti yang ramai kawan-kawan dalam PKR pun tahu; masih wujud banyak masalah dalam senarai calon Pakatan Rakyat. Banyak isu. Ada yang kata, sekurang-kurangnya ada 6 SET senarai calon yang dikemukakan pada ketika ini.

•Senarai Calon Yang Dikemukakan PKR (rasmi)
•Senarai Calon DAP
•Senarai Calon PAS
•Senarai Calon PKR (Jika Anwar Ibrahim dimasukkan ke Sungai Buloh)
•Senarai Calon PKR (Kalau Anwar kekal sebagai Ketua Umum)
•Senarai Calon PKR (…yang Azmin anggap wajar)

Masalah utama bukan kepada parti lain. Tetapi PKR. PKR ada 4 SET senarai calon. Pening kepala DAP dan PAS. Kepada PAS dan DAP, mereka tak nak tahu senarai calon yang mana satu; tapi mereka mahu penambahan jumlah calon kepada parti masing-masing. Setelah dicampur-campur; Pakatan Rakyat akan bertanding di 237 kawasan. Lebih daripada jumlah Parlimen. Maknanya, banyak kerusi yang bertindih. Banyak kerusi yang ditandingi oleh rakan-rakan PR.

Kita tahu, bagi mendatangkan impak – PR akan memastikan pertandingan akan menjadi 1 LAWAN 1. Banyak kawasan. Bertanding 3 penjuru. Macamana yang Tian Chua boleh kata senarai sudah hampir selesai.

Menurut rakan yang hadir dalam mesyuarat tersebut – PAS sudah menyatakan keinginan untuk bertanding sebanyak 80 kawasan. DAP juga ingin menambah sebanyak 53 kawasan. Ini memberikan makna – PKR terpaksa KORBAN sebanyak 9 kawasan Parlimen. Azmin sudah awal-awal menyatakan TIDAK SETUJU. Malahan, Azmin sudah memberikan kata dua – ada beberapa kawasan yang TIDAK BOLEH DISENTUH oleh PAS dalam apa keadaan sekalipun. Noktah. Tidak ada tolak ansur. Jika mahu tolak ansur; PKR sedia bertanding atas tiket sendiri. Sudah ada perpecahan nampaknya…mana yang Tian Chua kata selesai?

Selain daripada itu, ada juga senarai calon yang bertindih – di samping beberapa ‘kezutan’ yang dicadangkan:-

•Ambiga ada nama dalam dua senarai ( DAP dan PKR). Pelik tetapi benar. Ini membayangkan Ambiga sudah menjadi ‘most valuable player’ pada ketika ini;
•Mary Cordosa (juga ada dalam senarai DAP dan PKR). Mary salah seorang Doktor di Tung Shin Hospital. Aktif dengan MMA.
•Hasmy Agam ada dalam senarai PKR. Tidak ada dalam senarai lain.
•Haris Ibrahim (walaupun bergerak atas nama ‘independent’ – senarai nama ada dalam PKR);
•Izzah; dalam salah satu senarai PKR dikatakan akan bertanding di Permatang Pauh (dalam senarai sama, Azmin akan berpindah ke Lembah Pantai)
•Timbalan Presiden PAS (*Titiwangsa atau Putrajaya; senarai ini sebelum Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia)
•PAS juga minta Wangsa Maju (calon belum dikenalpasti).

Ada yang bertanya kenapa PR nak terus bincang ‘senarai calon’ pada ketika ini – sedang jumlah kerusi belum dipastikan. Mereka hanya mahu sebarang ‘permasalahan’ diselesaikan lebih awal. Tidak mahu ada sebarang upset di kemudian hari.

Tian Chua jangan selalu sangat berbohong kepada media. Yang sebenarnya, mereka bukan sahaja berbincang pasal jumlah ‘seats’; malahan senarai CALON.

Info: Klik disini...
credit to Medan Info

Pemuda Sambut Kepulangan PM, Najib


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin bersama barisan penyokong hari ini menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air setelah melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.

Perdana Menteri, yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KLpada 9.45 pagi.


Turut hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan 3,000 orang yang menyambutkepulangan Najib.

Najib memulakan lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan pada 11 Julai bagimemenuhi jemputan Presiden Gurbanguly Berdimuhamedov. Ia merupakan lawatanpertama beliau ke negara itu sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada April2009.

Selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan, Najib terbang ke London untuklawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia denganUnited Kingdom.

Najib diiringi Rosmah turut menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Perdana Menteri kemudiannya berlepas ke Itali bagi melakukan lawatan kerjadua hari ke negara itu mulai 17 Julai, dan telah bertemu Pope Benedict XVI danberjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di CastelGandolfo, Rom.


Peluang Pekerjaan: Mari Serbu Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Melaka

Media Baru Bakal Dikuasai Sepenuhnya, Kerajaan Perlu Mantapkan Bloggers Pro-Umno


Kira-kira 98 peratus daripada 26 juta penduduk negara ini akan beralih kepada sumber media baru dan laman sosial seperti blog, Facebook serta Twitter sebelum November tahun ini.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jumlah itu tidak mustahil dicapai kerana saluran media baru merupakan landasan paling berpengaruh yangberupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.

Perkara itu bukan mitos tetapi realiti. Saluran media baru berjaya mencetuskan revolusi sosial di Mesir, Tunisia, Amenia dan Ukraine.

Kini media mempunyai kuasa sepenuhnya malah ia begitu kompleks dan boleh menyebarkan maklumat kepada sesiapa saja setiap saat. Perkara itu turut diakui kebanyakan ahli falsafah.


Jadi saranan aku kepada pihak kerajaan, jagalah bloggers hardcore pro-umno yang ada ini dengan sebaiknya. Kerana mereka adalah jentera perang cybereset kerajaan yang bernilai di maya cyber ini. Perjuangan mereka tiada batas sempadannya, tak kira waktu siang dan malam berjuang di maya cyber untuk mempertahan negara dari ancaman pihak yang rakuskan kuasa demi mengejar cita-cita mereka.

Pihak Kerajaan perlu lakukan sesuatu bagi menambah baik keperluan bloggers pro-umno ini... Tanpa mereka, bloggers hardcore ini, Umno/BN akan lumpuh seperti masa-masa yang lalu... Sayang jika mereka diabaikan.... Hanya sekadar luahan seorang bloggers, tidak mewakili mana-mana individu...

DAP Biadap Kata Calon Anjing Pun Boleh Menang PRU Ke-13


DAP biadap dan angkuh sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan ‘calonkan anjing pun boleh menang’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang! Sememangnya DAP Komunis tidak pernah menghormati orang Melayu, Ketuanan Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam.


Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada PRU Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Macam ni pun Pas nak berkawan dengan DAP lagi??? fikir-fikirkan lah...

Bersih 2.0 : Rakaman CCTV di Bangunan Avenue K Menjawab Isu Kematian Baharuddin Ahmad


Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.

Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakwaan itu.

“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan," katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid semasa tayangan video berkenaan kepada wartawan dan beberapa NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis.


Beliau berkata dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya.

Salleh juga menjelaskan beberapa orang yang dikatakan anggota polis berada di tempat Baharuddin rebah dalam bangunan itu sebenarnya adalah anggota polis bantuan di situ dan bukan polis anggota polis biasa yang bertugas menyuraikan demo.

Mat Sabu Wilcha Akan Didakwa Buat Tuduhan Palsu

Bak kata Usop Wilcha.... Kite Bakor!

Raja Putar Alam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau nama glamernya "Mat Sabu Wilcha" bakal berhadapan tindakan undang-undang diatas didakwa membuat tuduhan palsu yang kononnya kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.


Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu.


"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.

Terbukti Mat Sabu Wilcha Pembohong Besar!

Sudah terbongkar Mat Sabu Wilcha dan Anwar Drama King adalah pembohong besar!


Pada 15, Jul yang lalu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu beliau selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.


 
Video URL: http://youtu.be/z2kdJ8qM_oA 
Video Ini sebagai bukti Mat Sabu Seorang Pembohong!


Pajero itu tidak langgar atau terkena motosikal yang dinaikinya seperti didakwa Mat Sabu yang juga Timbalan Pengerusi Bersih.

Tiada ada sebuah pun landrover polis di lokasi. Sebaliknya yang ada dua buah kereta Waja polis yang turut serta dalam gerakan itu.

Video berkenaan diperolehi dari CCTV sebuah kawasan perumahan dekat lokasi.

Kelihatan dalam video itu polis telah bergegas membantunya yang terjatuh dari motosikal selepas terlanggar bahu jalan.

Dengan bukti video di atas jelaslah membuktikan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS adalah seorang Pembohong besar dan tidak layak menjadi pemimpin kepada puak Pas.

Harap rakyat dapat menilai pemimpin-pemimpin pembangkang yang penuh dengan sendiwara dan lakonan yang hebat.

Kite bakor.... Kite bakor Je.....

Bersih 2.0 Kisah pembohongan Anwar klik disini....

Bersih 2.0: PDRM Dedah Pembohongan

FRU Wanita menjadi tarikan Jurufoto pada 9 Julai yang lalu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khamis, mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis tohmahan terhadap pasukan tersebut.

Dalam rakaman selama 1 jam 30 minit itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid memberi taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian yang telah diputar belitkan oleh pihak tertentu dengan tujuan mencemarkan imej PDRM.

Antaranya mengenai tohmahan melibatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dirinya dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan peristiwa tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Turut ditayangkan situasi melibatkan peserta perhimpunan, Allahyarham Baharudin Ahmad, 59, yang didakwa meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman mengenai peserta perhimpunan Bersih, Shuhardi Md. Isa yang didakwa sebagai Baharudin.


Rakaman video menunjukkan Tian Chua melakukan aksi provokasi terhadap pihak polis dalam perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, 9 Julai lalu.

Video Tian Chua menganas serang polis sila klik disini...

Peluang Pekerjaan: Mari Serbu Pameran Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) Melaka


Pemuda Barisan Nasional (BN) memperlawa orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN (BNYJF) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 300 daripadanya adalah jawatan jurutera.

Karnival kerjaya Pemuda BN berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat hingga Ahad (22-24 Julai 2011) masa 10 pagi hingga 8 malam.

Terdahulu Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BNYJF’11 akan memberi impak besar kepada generasi muda dari segi menjana pekerjaan dan ekonomi selain menyedarkan mereka mengenai kehendak majikan dalam pasaran sekarang.

Beliau berkata, ia selaras usaha Pemuda BN selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa projek Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) yang menawarkan puluhan ribu peluang pekerjaan.

“Oleh itu, Pemuda BN mahu memainkan peranan membantu kerajaan memastikan generasi muda mendapat peluang pekerjaan disediakan menerusi rangsangan ekonomi diperkenalkan Najib.

“Dalam ucapan dasar saya ketika Perhimpunan Agung Pemuda Umno, saya sebut agenda utama Pemuda BN dan Umno pada 2011 adalah pekerjaan untuk generasi muda dan kita mahu memastikan peluang pekerjaan serta ekonomi kepada orang muda dapat dimaksimumkan.

“Kita tahu, masalah orang muda adalah pengangguran sama ada tidak mendapat kerja atau diberhentikan kerja selain ada yang mendapat pekerjaan tidak setimpal dengan kelayakan mereka,” katanya.

Malaysia vs Chelsea Walaupun Kalah Tapi Dihormati

Chelsea perlu tabik kepada skuad Pilihan Malaysia apabila status gah mereka selaku naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu sekadar menyaksikan mereka menang 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Skuad Blues hanya menang hasil jaringan kontroversi Didier Drogba, apabila penjaga garisan, M. Sivanesan membenarkan jaringan hasil sepakan percuma penyerang sensasi Chelsea itu pada minit ke-78.


Bola sepakan Drogba yang dilakukan dari jarak 20 meter, jelas belum melepasi garisan gol selepas terkena palang dan melantun semula kembali ke arah penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi namun Sivanesan mengangkat bendera bagi mengesahkan jaringan tersebut.


Aku tabik spring kat Harimau Malaya yang berjaya mengekang kemaraan pasukan Chelsea! Corak permainan Chelsea semalam tidak seperti yang aku sangkakan, berbisa atau menyengat... rupanya hambar dan mengecewakan.... Kepada penyokong tegar Chelsea, boleh la bakar atau buat kain lap kereta jersi chelsea korang Kah kah kah!

Thursday, July 21, 2011

PAS Kedah “Flip Flop” Buka Ruang Mahfuz Omar Jadi MB Kedah


Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh Mahfuz Omar apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Razak kini berada dalam“Flip Flop” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.

Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.

Dikhabarkan Mahfuz sekarang sedang mengintai kerusi MB Kedah sekiranya Azizan terus di tekan oleh pelbagai pihak. Tak mustahil YB yang berkelulusan SRP ini akan menambah racun dan menikam belakang Azizan demi mengejar cita-citanya dari seorang penjual cendol kepada Menteri Besar Kedah. Ianya satu pengiktirafan yang tertinggi buat Mahfuz Omar.


Terbaru tindakan kerajaan Pas Kedah berdolak dalih dalam isu larangan operasi pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan tempat-tempat Hiburan 1997. Baca disini...

 Aku pun nak jadi Ketua Menteri jugak......

Kah! Kah! Kah! Sam ketot ada hati nak jadi KM Melaka.....
Sudah lah Sam.. tak perlu kau meninggikan yang rendah.....
Adooooiiii camne nak jd KM?
Kena sergah sikit terkencing dalam seluar.