Wednesday, July 13, 2011

4 Video Tian Chua Menganas Serang Polis



http://youtu.be/uFWduXFANAI

Pembangkang dipercayai sengaja merancang drama bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera semasa menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di KL Sentral Sabtu lalu.

Hakikat itu terbukti apabila satu rakaman video mendedahkan bagaimana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, mengetuai puluhan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama dengan Anwar di situ.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan kononnya polis bertindak ganas sewaktu menyuraikan demonstrasi haram itu, sebaliknya mendedahkan hakikat sebenar iaitu, golongan yang liar adalah pihak pembangkang dan pihak berkuasa cuma mempertahankan diri.

Serang!!!!!! Serang!!!!

Video diatas dengan jelas memaparkan Tian Chua serta puluhan lelaki melaungkan perkataan 'serang' kemudian membuat kiraan satu sampai tiga, sebelum meluru ke arah FRU.

Keadaan itu memaksa, anggota FRU yang berada kira-kira 10 meter dari Tian Chua dan kumpulan perusuh, melepaskan gas pemedih mata yang mana salah satu daripada kelongsong peluru dipercayai terkena muka pengawal peribadi Anwar. Dan pada waktu itulah Anwar mengambil kesempatan berlakon cedera parah...

KANTOI LAGI!!

4 comments:

Anonymous said...

Cuma satu persoalan utk saudara, seperti yg dipertanyakan dlm video: kenapa Dato Sri Najib TIDAK ENGGAN menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja utk menyiasat proses pilihanraya (spt yg dibentangkan dlm memorandum Bersih 2007 yg tlh dibentangkan kpd YDA, PM & Parlimen bm.bersih.org/?page_id=392) sejak 4 tahun dahulu, mengapa tak boleh?

Anonymous said...

Bro 2:42.

Jawapannya senang je.Andaikan kalau keputusan Suruhan Jaya tu nanti menyebabkan segala kemenangan PR itu ditakrifkan kalah....bagaimana.Bole terima ke.

Jd,takyah berlakun nak jd baik.Kita patut berlapang dada menerima keputusan yang telah dibuat.Takyah lah nak jadi seperti'dapat betis nak peha'.

Jika ada rezeki dalam PRU 13,dapatlah.Tak usah kata orang lain penipu,sbb lu pun tau PR juga menipu.

Amacam....ada satisfied.

Rahim Janggut

Anonymous said...

hahahahaha.. bodo btl la pengikot2 bersih nih........

Anonymous said...

"Jawapannya senang je.Andaikan kalau keputusan Suruhan Jaya tu nanti menyebabkan segala kemenangan PR itu ditakrifkan kalah....bagaimana.Bole terima ke."

Saya boleh terima, Sila buat dalam PRU13 ni. Tapi kalau takut kalah jangan buat, nanti jadi pembangkang

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates