Pages
▼
Thursday, January 26, 2012
Video Aziz Bari Mahu PAS Pecat Azizan
Aziz Bari mahu Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Katanya, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.
“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.
“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.
Poyos Gile Aziz Barua ni....
Video URL: http://youtu.be/V2KTh-UQAxQ
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.