Pages

Friday, January 27, 2012

Video Seks Anwar Kembali, Kali Ini Anwar Dicabar Serah Video


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Sumber: Utusan

4 comments:

  1. LAA ILA HA ILALLAH..DAH TAHU ANWAR TIDAK AKAN MENYAMAN ANDA SEMUA..ADUHHH P CABAR DIA BUAT APER. KONFIRM DIA TIDAK AKAN MENERIMA CABARAN KALIAN SEMUA. SEKIRANYA ADE BUKTI DEDAHKAN SAHAJA. KENAPA MAIN CABAR? MANA BUKTINYA MENGATAKAN ADE VIDEO TERSEBUT? KENAPA TIDAK MAHU SERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA? SAYA PUN TAK FAHAM LAAA. MACAM TU JUGAK DENGANUMMI HAFILDA DAN NALLAKARUPPAN..MANA BUKTINYA? APA BUKTINYA? FITNAH ITU DOSA BESAR TAU.

    ReplyDelete
  2. Jangan dedahkan dulu... Tunggu PRU13... La ni kita main tarik2 tali dulu...

    ReplyDelete
  3. RASANYA, tiada undang2 di negara ini yang menganggap perbuatan seks 'suka sama suka' itu satu kesalahan.., kecuali seks 'luar tabii' (liwat, main dengan budak, rogol, dsbnya).

    Maknanya, ANDAI dapat ditunjukkan video Anwar dok main seks dengan 20 orang pelacur sekalipun, mahkamah kita tidak boleh sabitkan dia dengan apa-apa kesalahan. Sebaliknya, mana2 individu yang memiliki, mengedar atau menayang mana2 video seks dianggap telah melanggar undang2. (Seperti kes Datuk Eskay).

    Saya tidak pernah ingat mana2 individu di negara ini didakwa dan disabitkan atas kesalahan berzina..., KECUALI pendakwaan di Mahkamah2 Syariah.

    Bila bercakap tentang Mahkamah Syariah, lagi sekali saya ragu dengan keupayaan mahkamah2 ini mengendalikan kes2 yang berprofil tinggi kerana kelemahan sistem perundangan syariah yang sedia ada. Kes cerai yang mudah2 pun mereka ambil dua tiga tahun untuk selesaikan.., inikan pula kes yang membabitkan Anwar yang mungkin meminta tangguh sampai 68 kali. Apalagi, Anwar ini bukannya calang2 orang yang boleh diadili oleh suatu sistem yang lemah.

    Rakyatlah menjadi hakim di dunia ini. Di akhirat, kita serah kepada Allah sahaja.

    Guna akal. Guna iman. Lihat keadaan sekeliling. Kadang2 huruhara yang berlaku di negara kita ini adalah 'ciptaan' seorang manusia sahaja. Seorang manusia yang obses, yang amat2 obses untuk menjadi Perdana Menteri.

    Tolak sahaja Anwar tu dari arena politik. Anwar tidak banyak difitnah.., sebaliknya kumpulannyalah yang paling banyak mencipta fitnah ke hulu dan ke hilir.

    ReplyDelete
  4. Keinginan yang membuak-buak bernafsu sebuas haiwan untuk berkuasa disokong pula oleh gerakan zionis dan kristian antarabangsa.

    Akan ada pihak yang mula mempercayai kerendahan moral manusia ini. Inilah perlunya pendedahan bertali arus, tidak semestinya dipersalahkan dimahkamah. Rakyat harus disedarkan bahawa PM yang akan mengetuai negara bukanlah Anwar Ibrahim dan kuncunya dari DAP. Itu sahaja.

    saudara tuan blog, tahniah mempunyai blog cantik ini, isinya juga menarik. Kalau dapat kita share link, aliffmy.blogspot,com

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.