Pages

Sunday, February 26, 2012

Himpunan Hijau Syok Sendiri...


Himpunan Hijau anjuran pakatan pembangkang di Kuantan pagi Ahad untuk membantah kilang Lynas nyata 'gempak lebih'.

Secara keseluruhan dari pemerhatian kehadiran di himpunan itu yang bermula 10 pagi hingga 11.45 pagi itu jauh kurang dari sasaran 20,000 orang yang digembar gembur oleh penganjur sebelum ini.

Ia juga dilihat lebih macam satu pesta 'syok sendiri'.

Malah gambar dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diambil dari udara di kawasan padang MPK4 jelas dapat menunjukan keadaan sebenar.

Anggaran polis sekitar 3,000 orang sahaja yang hadir.

Juga didapati sebahagian dari peserta adalah orang luar Kuantan,terdiri dari penyokong pembangkang yang dibawa atau datang sendiri.

Tiada langsung sekatan jalan polis dibuat sepanjang perhimpunan itu.

Polis cuma mengadakan kawalan biasa untuk memastikan kelancaran lalulintas dan sebagainya..

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.


Cuma pihak polis kesal ada peserta yang langgar syarat seperti membuat perarakan dan menbawa kanak-kanak ke perhimpunan itu

Hadir sama di perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan, sebelum semuanya bersurai.

Beliau antara lain berjanji akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada bulan depan untuk mendesak projek kilang Lynas di Gebeng dibatalkan.


Gelagat pembangkang yang cuba meraih markah politik membantah projek RM700 juta yang bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada orang sekitar Kuantan itu telah mencetuskan rasa marah ramai pihak.

Berbagai pihak berkuasa telah mengesahkan projek itu selamat namun pembangkang terus berdegil gembar gembur ia akan membahayakan penduduk sekitar Kuantan.

Malah Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear secara terbuka kata projek itu selamat.

Bantahan projek itu dipelopori oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Sekinchan,Selangor berkata projek Lynas adalah selamat.

Menurut beliau pembangkang cuma main isu itu untuk memancing undi.

Menterii Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula menilai Himpunan Hijau sebagai satu ' demo-tourism' yang jana ekonomi bagi pengusaha dan peniaga.

Dalam kenyataannya mengulas himpunan berkenaan beliau juga kata gerakan anti-Lynas yang berselindung disebalik Himpuan Hijau sudah tidak laku.

"Rakyat tidak percaya kepada pembangkang yang menabur cakap kosong pada setiap masa dan setiap tempat,"katanya.

Apapun baginya himpunan itu membuktikan demokrasi sihat dan sesiapapun boleh berhimpun dan bersuara asalkan tidak langgar undang-undang.

Beliau memuji pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan yang bertindak adil dan profesional memastikan perhimpunan berjalan lancar.

-Agendadaily

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.