Pages

Sunday, February 26, 2012

PKR Mahu Badrul Amin Dipecat Dengan Segera


Macam biasa la... bila kena batang hidung Pembangkang semuanya jadi tak profesional!

PKR mahu Badrul Amin disiasat secara profesional

PKR mahu anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Dr Badrul Amin Baharon, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) awal pagi semalam berhubung kejadian, didakwa berdua-duaan dengan seorang wanita, disiasat secara profesional.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional

"PKR mengambil maklum bahawa Dr. Badrul Amin Baharon diminta oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk membantu siasatan berikutan sebuah insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012 (semalam).

"Justeru, PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat.

Badrul Amin, 51, dijangka akan hadir di pejabat Jaip esok.

4 comments:

  1. ok bro, kalau link ni pulak cakap lain, katanya PKR masih sayang menyayang ngan bad
    http://lamanizzs.blogspot.com/2012/02/khalwat-badrul-amin-selamat.html

    ReplyDelete
  2. Mark my word, kes ini akan terlepas begitu ja- kerana bukti tak kukuh dan tadak mencukupi atau rasuah atau pendakwa kurang profesional.

    ReplyDelete
  3. sape percaya Dr Badrul amin buat macam ni?????anuar ibrahim pun tak percaya....sbb mereka2 ni anugarah dari tuhan...tak mungkin depa buat lagu tu.....ini semua UMNO punya keje....mana ada bukti di tangkap berdua2an....lagi pun uztaz tengah kaunseling...bukan tgh main......Dr Badrul menjalankan tugas dia....dia pun tak suka buat keje macam itu....serupa juga dgn anuar ibrahim kena fitnah oleh puak2 umno....Ustaz Badrul amin tu sama taraf dgn nik aziz alashisalam.....sape2 yg menuduh dia tanpa bukti berdosa besar....

    ReplyDelete
  4. Bila Yang Hak Sudah Bediri, Yang Bathil Pasti Jatuh!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.