Pages
▼
Friday, April 6, 2012
Bukti Air Liur Pun Mat Sabu Percaya
PETANG Selasa, keadaan dalam bilik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sibuk sekali. Semuanya gara-gara masa Anwar untuk mengagihkan tugas membuat sidang media berhubung 2 kisah dongeng rekaan Pakatan Rakyat, sudah sampai. Wartawan khabarnya dah tak sabar menungggu , jurugambar juga begitu.
Antara yang mencuri perhatian Anwar ialah, kepada siapa kisah dongeng bertajuk “Task Force Pengundi Warga Asing Didedah”, nak diserahkan, untuk dimaklum kepada wartawan di luar. Kisah dongeng NFC, Anwar tidak pening kerana budak jambu kesayangannya, Rafizi bila-bila boleh diharap untuk mengadakan sidang media tersebut, walaupun ada cadangan Tony Phua ambil alih untuk mengelakkan ‘contempt of court’.
Tapi Anwar kata ‘contempt of court’ untuk BN sahaja, untuk Pakatan Rakyat, bila-bila masa boleh tuduh hakim dan sistem tidak adil. Yang beri cadangan langsung terdiam, “Betul jugak”, fikirnya.
Anwar tanya kepada pembantunya (semua lelaki), “Siapa nak diserahkan kisah dongeng ‘Task Force’ ini?”. Semua kata cerita dongeng ini sesuai untuk diserahkan kepada Mahfuz. Anwar tanya semula, “Boleh ke Mahfuz sebut perkataan ‘Task Force’ ni sebab dalam bahasa Inggeris. Takut-takut insiden Mahfuz tersasul cakap ‘lunch’ dengan ‘launch’ dalam twitter nya tempoh hari berulang? Jadi bahan gelak kita nanti”, kata Anwar.
“Takpelah, panggil Mahfuz masuk”, sambung Anwar.
Mahfuz terkejut apabila dipanggil masuk kerana jadualnya petang itu sepatutnya kosong, kenapa pula Anwar panggilnya? “Mungkin nak angkat beg kot”, fikir Mahfuz berkerut. “Saya Datuk Seri”, kata Mahfuz terketar-ketar.
“Ini, aku ada cerita dongeng pasal ‘Task Force’ untuk bagi kad pengenalan pada pendatang asing supaya mengundi BN ni, kau handle lah ya”, kata Anwar, serius.
“Task Force? Apa tu Datuk Seri?” “Handle” tu bala apa pulak lagi?”, kata Mahfuz tercengang-cengang.
“Ya Israel, apa punya bebal Ahli Parlimen macam ni nih?” kata Anwar dalam hati. “Takkan itu pun tak tahu?”, laung Anwar dalam nada marah. “Baby Boy (Rafizi), tolong ajar Mahfuz ni ‘Task Force’ dan ‘handle’ tu apa benda”, laung Anwar, manja.
Dalam penuh kelembutan, Rafizi datang juga walaupun terpaksa. Nak minta Anwar tepuk punggung, segan, orang ramai.
Setelah hampir setengah jam, akhirnya Mahfuz berjaya juga menyebut perkataan ‘Task Force’ dengan betul. “Dahlah bodoh, lidah liat pulak tu”, kata Rafizi dalam diam.
“Bukti Datuk Seri?” tanya Mahfuz kepada Anwar. “Bukti apa?”, kata Anwar marah. “Ni nak tuduh dan sebut nama-nama semua orang ni, takkan takde bukti, dokumen ke, apa ke?” sambung Mahfuz lagi.
“Sejak bila kau pandai tuduh bagi bukti?” tempelak Anwar. “Kalau ada bukti, taklah kisah dongeng namanya”, sambung Anwar lagi.
“Tapi Datuk Seri, nanti orang-orang ni saman saya, siapa nak bayar? Saya mana ada duit, anak saya baru keluar pusat serenti, satu hari 3 paket heroin tak kurang Datuk Seri” Mahfuz merayu.
“Soal tu kau jangan bimbang, kau bukan bijak mana pun, orang yang sama bodoh macam kau saja yang nak saman kau”, bentak Anwar. “Aku nak kau reka-reka sikit cerita tu, paling penting jangan sebut pasal mahkamah, sebut Suruhanjaya Diraja, faham?”, tambah Anwar. “Eh, kenapa pulak Datuk Seri, tuduhan serius ni?”, kata Mahfuz penuh bimbang.
“Kau ni bila nak bijak Fuz? Kalau kau sebut mahkamah, siapa yang kau nak panggilkan jadi saksi pasal kes ni? Kalau suruhanjaya diraja tu, kita boleh goreng lebih sikit macam kes TBH tu” kata Anwar panjang lebar.
“Oooohh, ya, ya Datuk Seri, saya lupa tu, saya silap, saya bodoh, maaf Datuk Seri”, kata Mahfuz, menekup punggungnya, takut ‘dihukum’ Anwar.
“Sedar pun bodoh, dah pergi buat kerja” bentak Anwar.
Kiriman Artikel BB
ini bukan auta. Ini fakta mengenai ahli perjanjian syaitan.. Itulah makanan mereka. Fitnah. Minuman mereka Fitnah. Mandi . fitnah, Tidur Fitnah.. Zaman fitnah bermaharajalela anusrael ketuanya.
ReplyDeleteSabah dh merasa.Rakyat Sabah dh mrasai bahana ny.Brapa rmai dh rkyat asing mnjadi wargangara.Blh kata auta,jgn dh smpai trplanting dr ngara sndri bru nk mnysal
ReplyDelete