Pages
▼
Friday, April 6, 2012
Jika PR Memerintah Tiada lagi Pinjaman PTPTN!
Cadangan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak berpandangan jauh dan tidak mampu mencongak kesan atau akibat dari tindakan tersebut.
Menggunakan akal Pengajian Melayunya, Anwar melihat PTPTN hanya dari sudut sempit iaitu pinjaman kepada pelajar semata-mata. Sedangkan impak dari penghapusan PTPTN bukan saja akan melibatkan para pelajar, tetapi semua pegawai dan kakitangan pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta serta termasuklah pejabat PTPTN itu sendiri.
Bayangkan berapa ramai pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran tanpa bantuan pinjaman PTPTN dan tanpa pelajar, bagaimana kolej-kolej dan universiti-universiti swasta akan dapat meneruskan operasi?
Anwar sendiri mengakui yang beliau belum lagi mengkaji secara mendalam mengenai kos yang terlibat untuk memastikan kesemua institusi pengajian tinggi dapat berjalan seperti biasa tanpa PTPTN. Tetapi beliau yakin yang kos tersebut dapat ditampung dengan 'kebijaksanaannya' mengekang rasuah dan menghapuskan kos-kos lain yang tidak perlu.
Namun, kenyataan Anwar itu sendiri bukan sahaja menunjukkan yang beliau tidak bijak, malah lebih teruk, buta angka juga. Ia juga menunjukkan yang beliau sebagai seorang pemimpin tidak bertanggungjawab kerana ingin berbuat sesuatu tanpa terlebih dahulu memikirkan implikasi secara terperinci.
Hakikatnya, apa yang Anwar cadangkan bukan sahaja akan menambahkan beban kewangan kerajaan sehingga lebih RM50 billion untuk memberikan pembelajaran percuma kepada semua, tetapi Anwar juga perlu menyediakan alternatif lain untuk para pekerja PTPTN.
Ini kerana dengan penghapusan PTPTN, para pekerja di pejabat PTPTN pasti akan kehilangan kerja.
Justeru, apakah Anwar akan membayar pampasan kepada mereka? Jika ya, berapakah jumlah pampasan yang sesuai dibayar setelah diambil kira segala faedah yang mereka nikmati di bawah PTPTN? Atau apakah mereka akan ditukar dan disumbat masuk ke bahagian lain dalam kerajaan mengikut suka hati Anwar?
Atau apakah mereka akan dibuang begitu saja dan perlu mencari kerja lain? Ini tidak mustahil kerana PR berpegang kepada persaingan secara samarata dalam segala segi. Maka bekas pekerja-pekerja PTPTN itu perlu memahami bahawa ini adalah satu cabaran yang memberi anjakan untuk mereka meningkatkan diri keluar dari 'lindungan' kerajaan dan bersaing di dalam ekonomi yang didominasi kaum Cina di luar sana.
Mungkin apa yang dikatakan penulis ini dilihat sebagai provokasi terhadap Anwar dan PR. Namun, provokasi atau tidak, perkara yang dibentangkan ini wajar direnung-renungkan oleh semua.
Anwar pasti bertegas menyatakan cadangannya menghapuskan PTPTN adalah cadangan yang baik lagi bijak. Dan sekiranya parti beliau menang dalam PRU kali ini, pastinya beliau akan melaksanakan apa yang dicadangnya.
Apabila ideanya terbukti merupakan satu kesilapan besar, Anwar akan mengambil jalan mudah dengan memalingkan mukanya ke arah lain. Tak percaya? Lihatlah apa yang berlaku kepada penduduk-penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang yang terpedaya dengan janji-janji Anwar tetapi akhirnya diusir bagai sampah dari kampung mereka oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Kerana itu, rakyat wajar berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut Anwar. Pemikiran dan pandangan Anwar amat cetek dan beliau juga tidak punya keprihatinan yang tinggi terhadap rakyat.
Anwar hanya ghairah untuk mencari publisiti dan menunjuk pandai dan akibatnya beliau telah dengan tidak sengaja menyerlahkan kedangkalan pemikirannya untuk dinilai oleh kita.
hope dengar sendiri dari mulut DSAI mintak pendapat beliau sendiri..
ReplyDelete