Pages
▼
Tuesday, April 10, 2012
Rumah Urut Di Kuala Selangor Kini Setaraf Bukit Bintang! Hebat @DrDzul
‘Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Dapat Nikmat’, demikian tertulis di kain rentang yang terpasang di sekitar Bandar Kuala Selangor.
Tinjauan Mychannel13.com pada mulanya tercari-cari apakah maksud ‘nikmat’ pada ayat tersebut memandangkan tiada apa-apa pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan ini.
Cuma yang menarik perhatian - di kawasan itu sahaja, terdapat tujuh buah pusat urutan refleksologi.
Tidak pasti, adakah ini yang dimaksudkan dengan rakyat dapat nikmat?
Suhaidi bin Md Salleh, 39, seorang peniaga yang berasal dari Kuala Selangor berkata situasi di situ sekarang ini sudah setanding dengan Bukit Bintang di Kuala Lumpur berdasarkan kewujudan pusat urut yang semakin bercambah.
Apa yang merisaukannya adalah pusat-pusat urut ini didakwa turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
“Keadaan di sini sudah lebih kurang macam di Bukit Bintang. Dulu di Kuala Selangor langsung tidak wujud rumah urut. Tapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini, saya dapati semakin bersepah rumah urut muncul di sini,” katanya.
“Di bandar ini sahaja ada tujuh buat pusat urut yang beroperasi. Sebagai orang tempatan saya tak puas hati,” katanya lagi.
Menurutnya, beliau hairan memikirkan mengapa tiada langsung tindakan yang diambil oleh hli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sedangkan lokasi pusat-pusat urut tersebut sangat hampir dengan pejabatnya.
“Saya hairan apa peranan ahli Parlimen yang dating dari sebuah parti yang gembar-gemburkan perjuangan Islam. Pejabat dia sangat dekat (dengan rumah urut). Tapi langsung tiada tindakan,” katanya.
Sementara itu seorang lagi penduduk Mohd Nizam Saroni, 37 berkata sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kuala Selangor, tiada sebarang lesen untuk rumah urut beroperasi diluluskan.
Namun begitu katanya sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, segala-galanya berubah apabila bukan setakat urutan yang ditawarkan, tetapi juga kegiatan maksiat.
“Hotel murah pun sudah ada di sini. Pelanggan boleh check in sejam dengan kadar bayaran RM20 sahaja. Mesin perjudian juga semakin bercambah. Boleh dikatakan hampir di setiap kawasan perumahan terdapatnya kedai-kedai mesin judi ini,” katanya.
Menurut Nizam, punca kepada berlakunya perkara tersebut adalah kerana tiada pemantauan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membanteras gejala tersebut.
Katanya, jika ada pun operasi dijalankan, ia sekadar melepaskan batuk di tangga.
“Inilah punca-puncany a budak-budak ponteng sekolah. Kebanyakan yang terpengaruh adalah remaja. Inilah punca-punca gejala sosial di kalangan remaja semenjak Pakatan Rakyat memerintah.
“Terkejut juga saya bila dalam masa sekejap ini (Selangor di bawah Pakatan Rakyat) sudah ada tujuh rumah urut yang wujud.
“Kalau boleh PBT hapuskan terus rumah urut ni. Tapi saya rasa mustahil selagi Pakatan mentadbir Selangor. Kebanyakan yang dibawa hanya kepada membawa gejala yang merosakkan, saya rasa sampai sini sahaja untuk Pakatan,” katanya.
Shahrizal Zainon, 36 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.
Katanya beliau turut merasa pelik kenapa seolah-olah kerajaan negeri memandang remeh perkara tersebut sedangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Kuala Selangor.
“Benda ni sebenarnya adalah satu perkara yang cukup tak baik dan mendatangkan gejala sosial pada masyarakat. Sebelum ini tak wujud langsung rumah urut. Tetapi sekarang ini yang ada ini diluluskan oleh kerajaan tempatan atas alasan pusat refleksologi tapi sebaliknya benda lain berlaku. Khidmat seks turut ditawarkan,” katanya.
Menurut beliau, tiada sebarang pembangunan yang boleh dilihat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran melainkan jumlah rumah urut yang semakin bercambah.
salam,
ReplyDeleteTak ada bezanya juga di sini, di Sibu, Kuching dan Miri Sarawak. dibawah kendalian DAP yang racist..di bandar bandar ni.. rumah urut dah tak terkira banyakya.. siap ada pakej lagi.. tempat judi @ judi cyber?hampir di setiap pelusuk bandar hinggakan ke kawasan perumahan dan kawasan berdekatan dengan sekolah.. Saya selalu juga dengan rakan rakan lain konvoi dari Kuching ke Miri untuk aktiviti santai.. tapi bila kawan2 dari semenanjung dan brunei datang jenguk ke bandar2 ni.. rasa segan pula nak bawak diaorang pusing-pusing town.. "BN menang di kawasan dia,BN buat rumah kos rendah untuk rakyat, Klinik untuk rakyat, Perumahan Rakyat... tapi bila DAP pegang.. rumah urut dia letak, rumah judi@gelaran rumah monyet dia wujudkan.. rumah burung tanpa lesen dia bangunkan, rumah ahlong dia adakan... aduss.. "..
"salam dari Borneo"..