Pages

Tuesday, April 10, 2012

Sri Wani Disahkan Perempuan


Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.



“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.

3 comments:

  1. kalau suami dia dah x nak.. abg sanggup jadi suami wani...

    ReplyDelete
  2. betul tu..kalau dah sah wanitanya...maka kita yang mampu boleh memberikan sepenuh kasih saya dan belaian manja yang di pinta....Oh...Rozita Chek Wan!!! Wo Ai Nie!!!

    Eh..apa aku melalut nie....Habis hanpa nak kat Wani nie...aku kena cari lain lah nampak nya...hee.hee.hee

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.