Pages

Sunday, February 17, 2013

Tiada Pemimpin Kadazandusun Sehebat Anwar Ibrahim?

Laman pro Pakatan, suarapakatanrakyat.com mempertahankan gelaran ‘Huguan Siou’, gelaran tertinggi masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tiada pemimpin dari kalangan masyarakat itu yang sehabat Ketua Umum PKR itu.

Menurut portal itu, walaupun Anwar bukan berasal dari Sabah dan bukan dari etnik KDM, namun Jonathan Yassin, Ketua PKR Ranau lebih arif menilai siapakah individu yang patut menerima gelaran ‘Huguan Siou’ itu.

“Jonathan mempunyai hak untuk memberi penganugerahan tersebut kepada sesiapa juga yang dimahukannya, termasuk Anwar.

“Dulu, ketika masyarakat Dusun dan Kadazan ini berasingan, memang gelaran Huguan Siou ini hanya untuk pemimpin agung kaum Dusun. Tapi setelah penyatuan dua kaum tersebut berlaku, keadaannya tidak lagi begitu.

“Penulis yakin berlaku perubahan tertentu dimana gelaran ini boleh diberikan kepada pemimpin masyarakat yang layak mendapatkannya. Walaupun pemimpin tersebut bukan dari kalangan masyarakat Kadazandusun.

“Apatah lagi dalam masyarakat Kadazandusun sekarang, tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai kehebatan seperti Anwar, dan perkara ini sudah tentu disedari oleh Jonathan sendiri. Bagi mengisi kekosongan tersebut, apa salahkah Jonathan menganugerahkan gelaran tersebut kepada Anwar?,” dakwa laman itu.

Jonathan Yasin dilaporkan The Star memuatturunkan gambar Anwar digelar ‘Huguan Siou’ semasa lawatan beliau ke Kampung Paginatan hujung minggu lalu.


Menurut wartawan NST, Joniston Bangkuai Jonathan Yassin ketika memuatturunkan gambar itu di laman sosialnya yang menunjukkan Anwar memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis ‘Huguan Siou’ dengan menulis keterangan tambahan, “Anwar dinobatkan sebagai Huguan Siou Malaysia”

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dilaporkan Bernama mendesak permohonan maaf daripada PKR cabang Ranau dan Ketua Umum PKR kerana menyentuh sensitiviti dan kesucian adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Setiausaha Agung KDCA, Suman Yasambun berkata gelaran ‘Huguan Siou’ yang bermaksud ‘Pemimpin Agung’ secara eksklusif dikhaskan dan diberi kepada seorang pemimpin Kadazandusun Murut.

“Ia menghina dan menyinggung perasaan kaum Kadazandusun. Hakikatnya ini adalah tindakan yang akan menguatkuasakan hukum ‘solupi’, iaitu membawa sumpahan terhadap seseorang atau mereka yang merampas struktur kepimpinan sedia ada dalam lingkungan komuniti Kadazandusun, terutamanya dalam hubungan dengan institusi Huguan Siou,” katanya.

‘Huguan Siou’ adalah gelaran tertinggi masyarakat Kadazandusun Sabah di mana gelaran itu hanya boleh diberikan oleh KDCA, sebuah badan bukan politik yang terdiri daripada 40 komuniti etnik campuran dari Sabah yang berdaftar sejak tahun 1966.


Tokoh KDM terakhir mendapat gelaran ‘Huguan Siou’ adalah Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Sebelum ini gelaran itu pernah diberikan kepada Tun Fuad Stephen, Datuk James Ongkili dan lain-lain.



Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata saga Huguan Siou menunjukkan Anwar jahil tentang budaya pelbagai kumpulan etnik di Sabah.

“Beliau (Anwar) hanya berminat dengan kuasa politik dan menghina masyarakat Sabah. Bagaimana masyarakat Sabah mahu mempercayai beliau?,” katanya.

Laman news.abnxcess.com melaporkan kemarahan kaum Kadazan Dusun dan Murut masih membara dan masih mencemuh Anwar meskipun Anwar telah menafikan mendapat gelaran itu.

Antara mesej pengkritik yang dimuat naik di Twitter berbunyi, “Hanya seorang ONE #huguansiou dan beliau adalah Joseph Pairin Kitingan. Bukan penyamar di bawah (merujuk kepada gambar Anwar)

AIDC

1 comment:

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.