Pages

Thursday, March 7, 2013

Letak Senjata Tanpa Syarat! – PM


Malaysia menolak gencatan senjata yang dicadangkan Jamalul Kiram III kerana pengganas Sulu masih berperang dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, hari ini.

Datuk Seri Najib Razak menggesa kumpulan pengganas Sulu segera meletak senjata dan menyerah diri tanpa bersyarat.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Op Daulat akan diteruskan.

Najib juga mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai ‘kawasan perlindungan khas’ negara.

Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.

Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 9 Februari lalu.

2 comments:

  1. Jangan riak dgn kekuatan yagn ada. Allah tak suruh macam tu.

    ReplyDelete
  2. ah ko nih mcm celaka lah.. org buat salah, tak buat pun salah.. engko jerlah yg betul nyer.. tak pun ko pegilah LD perang kat sana.. ada bran?? bukan dia riak larrr, rasional lah sket pikir tu. kan ker dia tgh main psikologi dgn puak sulu tuh.. biasa lah ni keyboard warrior hahahah!!!

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.