Pages

Thursday, March 7, 2013

PRU 13: Haron Din Sah Tanding Parlimen Arau


Segala persoalan terjawab apabila, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din tetap dengan pendirian untuk bertanding di Parlimen Arau walaupun Barisan Nasional (BN) meletakkan calon 'popular' termasuk dalam kalangan ulama pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Ini kerana persediaan telah pun dibuat olehnya dan juga parti dalam menghadapi situasi di kawasan berkenaan menjelang pilihan raya nanti. Katanya selepas merasmikan Markaz Pilihan Raya Pas di Simpang Empat, malam tadi.

Haron berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa BN akan meletakkan calon agak popular termasuk dalam kalangan ilmuwan atau ulama untuk menentangnya di kerusi Parlimen Arau pada PRU Ke-13.

Ditanya mengenai potensinya untuk memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya kali ini, Haron berkata, beliau yakin mendapat sokongan daripada pengundi berdasarkan keadaan semasa dan pencapaian lalu.

Berdasarkan pilihan raya 2004, kata Haron, dia kalah dengan majoriti dalam lingkungan 3,243 undi tetapi pada 2008, hanya tewas dengan majoriti 300 undi, sekali gus membuktikan bahawa sokongan semakin kuat kepadanya dan Pas yang mungkin membolehkannya untuk mencapai kemenangan.

Menjawab satu soalan berhubung calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU Ke-13, Haron menjelaskan, pihaknya memberi tumpuan terhadap pilihan raya terlebih dahulu.

Gambar di bawah adalah persiapan PAS untuk menghantar Unit Analnya berjuang di Lahad Datu... Dengar khabar Inspektor Haliza (janda meroyan Abbi) turut menawarkan body (diri) untuk berkhidmad..

2 comments:

  1. Kalau masa sunami politik 2008 pun Dato' masih tak boleh menang, PRU13 tentulah lg teruk Dato' akan KALAH. Kalau 2008 kalah 300 undi, PRU13 mau 3000 undi.

    ReplyDelete
  2. Apala UMNO ni. Nak pi letak ulamak buat apa. Pi la letak calun yg "kaki raba" ka atau "kaki rembat duit rakyat" ka. Baru la ada umphhhhhh...
    Ni nak pi letak ulamak juga, tak best la. Pi letak ulamak buat apa...bukan boleh & pandai sapu duit rakyat. Nak kelentongpun tak reti...takut. Tak payah la letak ulamak kat sana. Jadi bangkai bernyawa ada lagi nanti.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.