Pages
▼
Friday, April 5, 2013
#PRU13 #TolakPR - Hot: Anwar Pening Kepala Atas Bawah... Timbalan Pengerusi PKR Pahang Tanding Bebas
Protes Fauzi, bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang tanding Bebas
Pemilihan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu.
Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G. Ramponusamy mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau.
Bekas Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu.
"Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini.
"Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu.
Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12.
Sementara itu, menurut Ramponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon.
"Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi.
"Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 setahun selepas Fauzi dilantik mengetuai parti itu di Pahang.
Sementara itu, bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42, turut menempelak kepimpinan parti itu kerana memilih Fauzi bertanding di Indera Mahkota sedangkan beliau adalah pemimpin yang sudah ditolak UMNO sendiri.
"Patut orang lama bersara, berehat bagi peluang kepada muka baharu. Beliau mungkin lupa dengan janjinya yang masuk PKR bukan untuk jawatan tetapi untuk memperjuangkan rakyat.
"Beliau sudah tidak ada kekuatan UMNO, kemudian lompat masuk PKR selepas PRU-12 bila pembangkang menang besar. Patutnya tunjuk dulu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu PKR, bukan jadi calon,'' tegasnya.
Sementara itu, Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini.
Kata Mohd. Shukri, pergeseran dalam kalangan PKR dan DAP yang semakin kuat ekoran perebutan kerusi di DUN berkenaan mendorong beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas prorakyat.
"Saya melihat senario itu turut berlaku dalam parti lain tetapi tidak terlalu 'hebat' jika dibandingkan dengan DAP dan PKR.
"Sebagai alternatif kepada rakyat, saya mahu memecah undi dan menawan hati pengundi atas pagar iaitu kira-kira 20 peratus," katanya dalam sidang akhbar di sini. - UTUSAN ONLINE
Baca juga artikel ini : Tiada Kata Sepakat... DAP Biadap, PKR Di Liwat
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.