Pages

Tuesday, July 16, 2013

PKR Besut - Che Long Ada 54 Saman Trafik


Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long ada 54 saman trafik dedah terengganutoday.com.

“Calon Pas untuk PRK Kuala Besut ini sememangnya seorang yang penuh dengan kontroversi dan Pas sememangnya telah melakukan kesilapan yang besar apabila menama dan meletakkan Che Long sebagai calonnya untuk PRK N01 Kuala Besut kali ini.

“Melalui siasatan dan kajian yang dibuat melalui laman web www.myeg.gov.my menyatakan bahawa Che Long mempunyai 54 saman yang bernilai RM 4150.00, “dedah portal itu.

Menurut portal itu lagi, saman-saman yang disemak atas nama calon Pas itu sudah dikesan sejak dari tahun tahun 1999 (10 saman), tahun 2000 (3 saman), 2001 (8 saman), 2002-2004 (satu saman setiap tahun), 2007 (3 saman), tahun 2008 (1 saman ), tahun 2009 (4 saman), tahun 2010 (6 saman), 2011 (9 saman), 2012 (5 saman) dan tahun 2013 (2 saman).

Daripada jumlah itu, dua saman disebabkan kesalahan meletak kenderaan, satu saman kerana tidak memakai topi keledar, dua saman kerana langgar lampu isyarat dan 49 saman kerana memandu melebihi had laju.

Semua saman tersebut melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran yang bernombor DBV 1023, DAY 777, WBG 61, DAF 9439, DAG 777, TAB 349 dan DAG 5300.

“Rupanya Calon cari makan bertaraf kontrator class A ini, merupakan haji bakhil yang tidak pernah membayar saman sehingga ada saman selama 14 tahun yang masih tertunggak, mungkin ini sebab utama mengapa calon cari makan ini lebih pentingkan perniagaannya daripada berkhidmat untuk rakyat.

“Seharusnya rakyat dapat berfikir secara matang dalam memilih calon yang boleh mewakili rakyat, bukan calon yang utama duit dari rakyat,” ulas portal itu lagi.


Sementara itu, terengganutoday.com turut melaporkan Che Long tidak menyumbang kepada Pas DUN Kuala Besut dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, sebaliknya beliau sebagai anak jati Kuala Besut berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding di Parlimen Putrajaya.

“Umum menngetahui bahawa Che Long yang digelar “bank Pas” merupakan jentera dan juga penyumbang utama kepada kempen politik Husam. Ianya amat terserlah apabila Husam bertanding di kerusi parlimen Putrajaya di mana Che Long meninggalkan kampung halaman bersama jenteranya untuk berkempen bagi pihak Husam di Putrajaya.

“Maka tidak menjadi sesuatu yang peliklah sekiranya Husam sebagai pengarah PRK N01 Kuala Besut bagi pihak Pas menamakan Che Long sebagai calon.

“Apa yang lebih mengejutkan lagi dalam satu termuramah yang dibuat oleh buletinonline (media pro pembangkang) bahawa Che Long akan menggajikan orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kerana beliau sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya amat sibuk.

“Kenapa agaknya Che Long lebih utamakan perniagaannya daripada berkhidmat untuk rakyat? Mungkinkah kerana dialah sumber kewangan utama kepada kempen politik Husam? Jika sekiranya dia berkhidmat untuk rakyat maka tumpuannya kepada perniagaannya akan berkurangan maka mungkin berkuranglah sumber kewangannya,”lapornya.

-AIDC

2 comments:

  1. Macam tak menasabahlah kes saman dari th 1999. Kenapa empunya tuan yg kena saman tidak diblock oleh JPJ ketika dia membaharui lesen memandu atau cukai jln kenderaan terbabit. Maknanya JPJ tak buat kerja, semua saman lapuk berusia lebih 10th tapi org yg disaman bebas renew lesen dan cukai jln kenderaan..hampeh..

    ReplyDelete
  2. Saman jalanraya, Dulu masa rancak macam-macam opps, menteri/anak menteri punya saman berpuluh ribu ttunggak. Xpayar saman xde kaitan dengan kedekut/bakhil.
    Yang di 'gaji' org tu utk urus khidmat kpd rakyat tu supaya program/bantuan lebih tersusun (yg aku fahamlah).
    Mula N3 kata calun PAS ni kedekut, lepaih tu kata dia "bank Pas' pulak, kalau dah jadi banker tu kira demawanlah ..pening...pening

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.