Pages
▼
Friday, September 13, 2013
Kalimah Allah - Nilai Sendiri Tindakan Biadap Kartunis Zunar
Inilah masalah bila tak reti nak bezakan politik dengan soal agama.
Zunar seperti yang diketahui adalah kartunis pro pembangkang. Jadi apa sahaja yang kerajaan buat adalah buruk di matanya.
Dalam kartun terbarunya yang muncul di portal propembangkang, Zunar menzahirkan kalimah suci Allah seolah-olah dimilik peribadikan oleh kerajaan.
Portal yang dikendalikan orang bukan Islam itu bersama dengan Zunar memberikan sindiran yang mendalam terhadap isu kalimah Allah.
Kalimah Allah dikunci siap dengan tag 1Malaysia dan sebagainya memperlihatkan dengan jelas kepada siapa sindiran tidak berakal tiu ditujukan.
Tepuk dada tanya selera…salah ke kalau ada pihak mahu mempertahankan nama Allah.
Sepatutnya PAS yang mengaku memperjuangkan Islam yang tampil lebih hebat berbuat demikian.
Bagaimanapun PAS selaku komponen Pakatan Rakyat terpaksa mengikut kehendak DAP dalam isu itu. Namun ada sebahagian pemimpin PAS pun mahu mempertahankan kalimah Allah.
Mungkin Zunar tidak faham kepentingan kalimah Allah dipertahankan.
Menyindir sehingga ke tahap yang boleh ditafsir sebagai menghina ini memang tak tahulah nak kata apa.
Sebagai orang Islam, penulis rasa kalimah Allah itu memang milik Islam.
Ada yang bertanya (macam Ahli Parlimen Shah Alam) mana dalil yang memperlihatkan kalimah Allah dilarang digunakan oleh bukan Islam.
Well…kepada Khalid Samad…boleh tak tunjuk dalil atau surah yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam? Ada ke…so kita kekal la dengan status quo di negara ni terutama di semanjung di mana kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Islam semata-mata.
Jadi, kepada orang-orang macam Zunar ni… jangan jadi buat berpolitik sehingga tak nampak yang benar dengan yang tidak. -Mynewshub
Kerana kebencian sesama Islam, merosak aqidah sendiri.
ReplyDeleteYg sgt berani sebegini, tidak mengenal Allah swt.
Mangkuk tu bukan sahaja hina Islam, sebelum ni kan dia buat pameran kartun selama sebulan kat London dengan paparan karikatur menghina Negara, pemimpin, undang2 dan semua yg ada di Malaysia, ingat lepas pameran tu dah tak nak balik ke Negara ni tp balik juga sudahnya...dasar kartunis murahan
ReplyDelete