Pages

Saturday, September 14, 2013

Kamarol tawar diri tanding Exco Pemuda


Hari ini abang brader aku tawar diri untuk bertanding exco pemuda, jadi aku menyeru rakan-rakan sekalian marilah kita bersama-sama memberi sokongan padu kepada abang brader!

Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Kamarol Salleh, 39, menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini sekali gus menjadi satu-satunya wakil tunggal dari Kedah bertanding jawatan itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena berkata, kelebihan bekerja bersama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kerajaan memberi kelebihan kepadanya meneruskan visi serta misi transformasi terutama kepada golongan belia.

"Golongan belia merupakan tonggak utama kepada kelangsungan pentadbiran negara untuk masa hadapan. Mereka yang akan menjadi pengganti kepada pemimpin sekarang dalam membawa negara ke arah negara yang aman dan makmur.

"Tawaran untuk bertanding juga dicadangkan oleh seluruh peringkat akar umbi Pemuda UMNO Kedah dan saya menawarkan diri bertanding bagi menyahut seruan itu bagi memperkasakan golongan belia ke arah yang lebih baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamarol yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Putra Malaysia berkata, beliau cukup optimis para perwakilan sekarang cukup bijak dalam memilih dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab memperkasa Pemuda UMNO.

Katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada pembangunan golongan muda di luar bandar dari segi pendidikan dan ekonomi agar mereka boleh berdaya saing dengan belia di bandar.

"Bagaimanapun tidak bermaksud saya mengabaikan golongan belia di bandar sebaliknya tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia di luar bandar," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut disaran tidak mengabaikan tanggungjawab membantu golongan belia di luar bandar dengan memberi peruntukan yang lebih kepada mereka.


No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.