Pages

Wednesday, September 29, 2021

Pernah Jadi Antivaksin Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners!


Tiada kata yang dapat menggambarkan kekesalan Ahmad Firdous Raisuddin yang pernah membuat dakwaan tidak berasas kepada petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus membantu membendung penularan COVID-19.


Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan antivaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan.


Kekesalan dan kesedihan juga tentu sekali tambah berganda buat Ahmad Firdous, 40, apabila COVID-19 turut meragut nyawa adik kesayangannya, Allahyarham Siti Sarah.


"Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh selepas kembali pulih daripada COVID-19….kalau orang cakap dulu saya antivaksin, memang betul saya antivaksin sebelum ini di atas sebab-sebab tertentu.


“Tapi, sekarang saya bersedia untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar kehidupan dan selepas mendapat vaksinasi penuh ia akan memudahkan kita untuk menjalankan pelbagai urusan harian," katanya dalam video yang dikongsi di Facebook peribadinya.


Permohonan maaf turut diungkapkan Ahmad Firdous kepada barisan petugas hadapan selain merakamkan penghargaan kepada barisan petugas hadapan ini yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawanya.


Diuji COVID-19 pada tahap 4 sehingga dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) menawarkan pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga buat Ahmad Firdous.


“Orang kata COVID is real, memang COVID is real. Dah kena, COVID is real la. Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa la, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor, pada nurse dan berterima kasih.


“Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ini, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU, saya katil kat depan, bayangkan macam mana diorang bekerja.


“Bila dah kena, baru tahu. Baru kita rasa, teruklah kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik, padahal dia yang tolong kita ,” ujar Ahmad Firdous lagi.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.