Pelakon, Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Raja Farah selepas pendedahan adegan rogol yang tular menerusi Twitter sejak semalam.
Dalam pendedahan yang dibuat menerusi program Rumah 107 tersebut, Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy berkongsi tentang watak jahat lakonan mereka.
Tertengok dekat tiktok like how doh diaorang open this topic dekat tv ? like how doh ? tak boleh brain wei pic.twitter.com/4RMGKZMUQf
— Yan (@FayyanFreaks) October 19, 2021
Apa yang mengundang kemarahan netizen, Fauzi berkongsi secara terperinci tentang babak rogol melibatkan Raja Farah dalam filem Anak Halal terbitan 2007.
Menyedari kesilapannya, Fauzi telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik sekitar pukul 1 pagi tadi.
Menurut Fauzi, dia langsung tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah kesalahan sendiri.
"Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Saya nak memohon maaf pada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.
"Video ini (permohonan maaf) mungkin agak lambat saya muat naik kerana saya baru balik dari 'shooting', saya kerja. Kebetulan tengah 'shooting' babak berat, jadi saya lupakan dan tutup semua telefon sebab tak nak mengganggu fikiran saya.
"Saya pun tak tahu apa perkara sebenarnya yang netizen marah sangat pada saya sampai sanggup maki, hantar mesej yang bukan-bukan di DM, Twitter semua maki, celaka. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada. Saya terima dengan tenang walaupun kusut juga memikirkan," katanya.
Dalam pada itu, Fauzi yang juga suami kepada aktres Lisdawati menerima kecaman netizen dengan hati yang terbuka dan berharap isu tular tersebut tidak lagi dipanjangkan mana-mana pihak selepas ini.
Tambahnya lagi, selepas sesi rakaman program yang berlangsung pada tahun lalu itu, dia sendiri telah menyedari kesilapannya dan memohon pihak penerbit serta produksi menyunting bahagian yang sensitif.
Sementara Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail yang menyifatkan isu berkenaan sangat memalukan. Mereka turut memberi respons dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pelakon itu semalam.
Menurut suaminya, rakaman yang disiarkan dalam televisyen tersebut kemudian ditularkan adalah salah dari setiap sudut kerana tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.