Pages

Wednesday, October 20, 2021

Respon Raja Farah dan Suami Terhadap Fauzi Nawawi Berhubung Video Panas...


“Saya rasa macam tidak dihormati,” itu luahan, pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, beliau tidak menolak, berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri orang apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak rogol dengan salah seorang menyebut namanya.


Menurut Farah, perkara tersebut tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata telah memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka aib.


“Saya sangat terkesan.Terasa dibuka ain dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap isu ini.


“Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan.Saya dan suami berlapang dada.


“Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa. Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,”katanya.


Farah berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik malam tadi di Instagram bagi memberi maklum balas terhadap tularnya rakaman video sebuah program televisyen yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dan membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan mereka.


Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi, dilihat menceritakan mengenai babak rogol dalam filem berjudul Anak Halal yang membabitkan Raja Farah sebagai pelakon wanita namun babak tersebut terpaksa dipotong atas permintaan ibu bapanya.


Rakaman program tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial dan tular di Tik Tok dengan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna.


Selain Farah, menerusi kenyataan dalam video di Instagram yang sama turut menyaksikan suaminya, Iskandar Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan pelakon lelaki tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan.


Menurut Iskandar, secara peribadi, topik itu tidak wajar dibentangkan kerana disifatkan tidak menjaga aib dan kehormatan kaum wanita secara keseluruhannya.


Dalam pada itu, kedua-dua mereka tidak berharap si pelaku tampil memohon maaf sebaliknya mahu menutup kisah ini agar tidak berlanjutan menjadi fitnah.


Malah, Iskandar juga mendoakan agar pihak terbabit yang mungkin telah terlepas kata atau jahil menyesali apa yang dilontarkan.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.