Pelakon jelita, Siti Saleha, mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar. Menurut kata Saleha, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.
“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya kepada media hari ini.
Terdahulu, media melaporkan prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi turut dihadiri Ahmad Lutfi.
Berita keretakan rumah tangga pasangan itu agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.
Sementara itu, di Instagram Saleha mendapati kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac lalu.
Pada tarikh itu, Saleha memuat naik gambar di dua hantaran berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.
Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.