Pages

Wednesday, October 13, 2021

Pelakon 'Budak Pailang' mohon maaf, tak mahu komen isu dadah.



Pelakon filem Budak Pailang, Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah, beliau menganggap ada hikmah tersendiri di atas apa yang berlaku.


“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.”





Berkongsi status tersebut di akaun Instagramnya, pelakon filem Longkai itu turut memohon maaf kepada pihak media dan rakan-rakan artis yang cuba untuk menghubunginya menerusi media sosial dan WhatsApp.


“Saya minta maaf jika tidak dapat membalas komen-komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui mesej di Instagram, WhatsApp, panggilan telefon dan sebagainya.


“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahmati kalian.


“Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin,” ujarnya.




Untuk rekod, Niezam 29, bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi, Ahad lalu.


Berita terdahulu : Pelakon filem ‘Budak Pailang’ mengaku bersalah miliki dadah

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.