Pages

Friday, October 15, 2021

Video Perdana Menteri sembahyang Jumaat tanpa pengiring jadi tular!


“Nak tanya semua, kenal tak siapa dekat dalam gambar ini? kata seorang pengguna akaun Tiktok, @rahimazhari, yang berkongsi rakaman video memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat Jumaat tanpa ditemani pegawai pengiring atau pegawai-pegawai kerajaan. 


Dalam keadaan biasa bagi golongan kenamaan atau individu yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, mereka pastinya ditemani sebilangan ramai pengiring atau escort dalam sesuatu program termasuk memasuki kawasan ibadah sehingga ke barisan paling hadapan berdekatan mimbar. 


Bagaimanapun, berbeza pula dengan apa yang dikongsikan Rahim apabila Ismail Sabri yang berbaju Melayu lengkap warna biru muda dan bersongkok hitam dilihat tidak pun ditemani sesiapa, malah, beliau duduk di barisan belakang bersama-sama orang awam. 


“Nak tanya semua, kenal tak siapa dekat dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak susuk tubuh ini masya-Allah, dia masuk masjid. Mula-mula saya tidak perasan siapa dia tapi bila dia sudah bentang sejadah solat sunat di situ sebelum solat Jumaat, dalam hati saya Ya Allah, ini dia (Ismail Sabri). 


“Lama saya tengok, betul dia, baru saya terfikir, mashaallah dia seorang pemimpin tertinggi dekat negara kita ini. Masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tiada esscort apa-apa, tak ada apa-apa keistimewaan dibawa oleh bodyguard, bawa ke saf depankah tak ada, dia lambat lambat, duduk di belakang sama macam orang biasa rakyat biasa macam kita. 


“Ini adalah contoh yang patut kita ikut. Satu kualiti kepemimpinan yang kita rakyat Malaysia betul-betul ikut, (beliau) merendah diri dan tidak pernah merasa diri hebat dengan menggunakan keistimewaan dan kuasa untuk membawa bodyguard, escort untuk bawa ke saf hadapan,” katanya menerusi video tersebut.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.