Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memohon pihak berkuasa agar menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.
Menerusi ciapannya di akaun Twitternya hari ini, Khairy menegaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri telah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.
Bagaimanapun katanya kumpulan berkenaan terus menyebarkan berita palsu yang mengancam kesihatan awam dan ia perkara yang menjengkelkan.
“Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying”, kata Khairy di twitter.
Beliau membalas ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong, yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.
Dr Sakinah turut memuat naik tangkap layar dipercayai oleh kumpulan antivaksin menerusi aplikasi Telegram, yang antara lain mendakwa ada remaja yang disuntik vaksin COVID-19 mendapat kesan sampingan teruk dan meninggal dunia.
Sebelum ini Khairy turut diminta KKM membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap seorang individu yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19.
Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying. https://t.co/rdAKlUNEFZ
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) October 15, 2021
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.