Pages

Sunday, October 17, 2021

Khairy Sekolahkan Kumpulan Antivaksin Fitnah Guna 4 Jin!

 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membalas fitnah dilemparkan golongan antivaksini yang cuba memberi persepsi buruk terhadap beliau kononnya memakai gelang atau ‘tangkal jin’ di kanan kirinya.

Sambil berkongsikan tangkap layar perbualan dipercayai golongan antivaksin dalam aplikasi Telegram, Khairy secara sarkastik mengatakan beliau menggunakan empat jenis ‘jin’ untuk melindungi Malaysia.




Kata beliau, ‘jin’ yang dikatakan itu adalah jenis vaksin digunakan negara iaitu Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino.


“Salah. Saya guna 4 jenis jin vaccine untuk lindungi Malaysia. Jin Pfizer, AstraZenaca, Sinovac & CanSino,” tulisnya di Instagram miliknya di sini hari ini.


Tangkap layar yang tular dalam media sosial itu memaparkan salah seorang ahli kumpulan dipercayai antivaksin itu mendakwa Khairy memakai tangkal di tangan kirinya dan mempunyai empat jenis syaitan yang ditugaskan melindunginya.





Khairy turut berkongsikan satu lagi tangkap layar golongan antivaksin yang mendoakan keburukan buat dirinya.


Semalam Khairy memberitahu, Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.


Beliau berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.


Serangan ditingkatkan terhadap Khairy dipercayai selepas beliau meminta Kementerian Kesihatan untuk membuat laporan terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan berita palsu mengenai kesan vaksin kepada orang ramai.


Khairy mahu tindakan undang-undang diambil ke atas golongan berkenaan kerana menyebarkan berita yang tidak benar dan menatangkan keresahan dalam masyarakat.


Kumpulan tersebut dipercayai turut terhimpit selepas kerajaan menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan mereka yang tidak lengkap divaksin untuk merentas negeri dan makan di dalam kedai makan serta beberapa larangan lain.


Berita terdahulu : Khairy tegas dalam tangani gologan antivaksin!

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.