Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan dia kini sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan Kerajaan Australia.
Perkara tersebut diumumkan oleh beliau ketika sesi siaran langsung menerusi ruangan Instagram live pada pagi Selasa.
Meninjau di ruangan Instagram Story hari ini, Sajat sempat menunjukkan beberapa foto rumah baharunya di Australia.
Jelas Sajat, sebelum dia berkongsi mengenai penghijrahannya itu dia terlebih dahulu memohon kebenaran kedutaan Australia untuk berbuat demikian.
Katanya lagi, dia berasa terharu kerana kedutaan negara itu banyak memberi sokongan terhadapnya dalam pelbagai aspek dan teruja untuk meneruskan kehidupan barunya di Australia.
“Saya sekarang ini di Australia. Tak nak pandang belakang dah.
“Saya sekarang sedang menjalani kuarantin. Habis dua minggu nanti saya akan berjalan-jalan.
“Disini, saya dikelilingi orang yang mengambil berat pasal saya dan saya temui kebahagiaan saya dekat sini.
“Kedutaan Australia banyak sokong saya macam hantar pergi kelas tambahan, perbaiki skill bisnes dan bahasa Inggeris, bagi rumah
“Semua benda ini sebelum saya beritahu saya dah tanya kedutaan dahulu dan mereka membenarkannya” kata Sajat.
Sementara itu, semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan pihak berkuasa Australia bagi mendapatkan pengesahan dakwaan usahawan kosmetik dalam buruan, Sajat kini berada di negara itu.
Nur Sajat sebelum ini ditahan pihak berkuasa Thailand pada 8 September lalu atas kesalahan berkaitan imigresen.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengesahkan keberadaan Nur Sajat sehingga mendapat maklumat daripada kerajaan Australia.
"Kita juga akan menghubungi pihak berkuasa Thailand untuk maklumat lanjut perkara ini," katanya.
Manakala, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand berhubung dengan pihak berkuasa negara itu untuk pengesahan mengenai status Sajat.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.