Wednesday, October 13, 2021

Pelakon filem ‘Budak Pailang’ mengaku bersalah miliki dadah

 


Pelakon filem Budak Pailang, Muhamad Niezam Mohd. Zaidi, 29, dan pengarah, penolong pengarah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas tuduhan memiliki dadah.


Muhamad Niezam, 29, bersama pengarah Mohd Latif Zami, 49, dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 43, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis cannabis dan methamphetamine.





Ketiga-tiga mereka, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.


Mengikut pertuduhan, Muhamad Niezam didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.15 gram di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2, kira-kira pukul 7.15 pagi, 10 Oktober 2021.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.


Saiful Zaidrin pula, didakwa memiliki 0.38 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine pada tempat, tarikh dan masa sama dan dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM6,000 bagi Muhamad Niezam dan Mohd Latif manakala RM8,000 bagi tertuduh ketiga.


Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Intan Shafini Mior Shahrin yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak-anak guamnya baharu sahaja memulakan penggambaran pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum.


No comments: