Pages
▼
Saturday, January 19, 2013
Karpal Mahu Hadi Akur Keputusan PR Ketepikan Pendirian Majlis Syura
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Bible Bahasa Melayu Diedarkan Kepada Pelajar Di Penang!
Tergempar Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat pendedahan berkaitan dua pemuda mengedar buku yang di percayai bible kepada pelajar-pelajar di hadapan sekolah di Pulau Pinang. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Azmin Ali Angkuh, Biadap ! - Hassan Ali
Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekali tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Harussani Tegur Azmin Jangan Memandai-Mandai Bercakap Hal Kalimah Allah
PKR hanya mengutamakan kepentingan politik kerana tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Penyokong PAS Pening... Pemimpin Flip Flop
Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.
Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti. Seterusnya klik pada tajuk entri....
HKR #KL112- Kurang Sokongan Kaum Cina , Bukti Tolak Kepimpinan Melayu PR!
Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Rosmah Mansor - Saya Bersumpah... Saya Tiada Cincin Itu
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Wacana Pra-PRU13: Populariti Najib Menonjol Berbandaing Anwar Ibrahim
Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.
Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012. Seterusnya klik pada tajuk entri....
JOZAN Juara Maharaja Lawak Mega 2012 #maharajalawakmega #Jozan
Gempak… memang pecah perut menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2012! Mantap!!! Ummpphhh!!! Seterusnya klik pada tajuk entri....
Friday, January 18, 2013
Tolak Majlis Syura Ulama... Ternyata Kuasa Tertinggi Pakatan Pembangkang Adalah DAP
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Facebook Anti Patrick Teoh Gesa Patrick Teoh Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia!
Kebiadapan pelakon keturunan Cina, Patrick Teoh menghina Islam masih hangat diperkatakan ramai sekalipun Patrick yang juga adalah penyokong kuat PR telah pun memohon maaf di atas keterlanjurannya.
Namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan cara Patrick Teoh memohon maaf nampak tidak ikhlas.... Lantas tertubuhnya facebook Anti Patrick Teoh URL: https://www.facebook.com/AntiPatrickTeoh
Petikan dari Page Anti Patrick Teoh: "Kami Mengutuk Sekeras-kerasnya Penghinaan yang dilakukan oleh Patrick Teoh terhadap Agama Islam. Juga Menuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat Malaysia Amnya dan Umat Islam Khasnya"...
Tindakan Tegas Perlu Dikenakan Terhadap Patrick Teoh - Khairy
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan tegas patut dikenakan terhadap pelakon Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya baru-baru ini.
Beliau berkata walaupun Teoh memohon maaf setelah menyedari kenyataannya mendapat kecaman banyak pihak, ia tidak boleh diterima begitu sahaja, tanpa ada tindakan susulan yang lebih tegas. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Nurul Izzah Dimalukan Depan Khalayak Ramai...
Berita Lembah Pantai: Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Gerak Kerja Pemuda BN Masuk Pusingan Akhir
YB KJ beramah mesra dengan peniaga peniaga pasar tani diTaman Wira Mergong Kedah
Semua jentera Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diarahkan untuk bergerak secara aktif di pusingan akhir bermula 1 Februari ini bagi bersiap-sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Seterusnya klik pada tajuk entri....Penjelasan Fathul Bari Isu Fitnah Kahwin Lari Di Thailand
Apa nak jadi dengan Pakatan Pembangang yang menggunakan blogger blogger mereka membawa fitnah kononnya Ustaz Fathul Bari telah berkahwin lari di Thailand.... Serangan peribadi untuk menjatuhkan Ustaz Fathul Bari membuktikan puak pembangkang semakin takut lagi gusar dengan Ustaz Fathul yang sering mematahkan dan menepis serangan fitnah dari puak pembangkang.
Seterusnya klik pada tajuk entri....
#Listen Bawani Kekasih Gelap Adam Adli...
Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Azmin Ali Silap Langkah... Dedahkan Azrul Ahli PKR
Patutlah pembangkang bising... rupa-rupanya sah Azrul ahli PKR
Agendadaily: Patutlah pembangkang beria-ia membela Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung tugas susulan pembentangannya berhubung PRU 13 dengan menjangkakan ‘BN kalah’.
Rupa-rupanya beliau adalah ahli PKR. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Parti Komponen BN Diarah Siap Sedia Hadapi PRU-13: Najib
Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Thursday, January 17, 2013
Kalimah Allah : Polisi Pakatan Kekal, Tolak Keputusan Majlis Syura PAS
Inilah masa yang sesuai untuk PAS meninggalkan perjuangan Pakatan Rakyat yang dah semakin mengarut. Pas sebuah parti milik melayu islam yang selama ini berjuang untuk masyarakat islam dilihat kian suram apabila bersama DAP dan PKR selepas PRU 12..
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Bila Sitanggang Bicara Tentang Keangkuhan! Ibunya Sediri Dizalimi! @AzminAli @Khairykj
Azmin Ali hari ini tampil untuk membela kemaluan Anwar didalam kes saman tak jadi terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan menyifatkan kenyataan KJ "angkuh dan satu pembohongan."
Terkejut gak aku baca kenyataan Azmin tu.... Hebak sangat ke muh Azmin? Seterusnya klik pada tajuk entri....
Abby Abadi Semakin Membusuk!
Bahaya umat bila menganuti ajaran agama Pas, mereka akan menjadi golongan pelampau yang merasakan dirinya itu maksum tiada kesalahan dan hanya pendapat mereka sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sekiranya berbeza pandangan dengan mereka... Jika Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, bukanlah melalui politik. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Kes Saman Tak Jadi - Azmin Ali Buktikan Anwar Diperbodohkan Oleh KJ @Khairykj
Kisah kes saman tak jadi Anwar semakin hangat diperkatakan sehinggakan jambu Anwar, Azmin Ali terpaksa turun untuk cover line.... Pada sidang media Azmin Ali tengahari tadi Azmi dilihat rakus menghentam KJ! Azmin terlupa bahawa keyataanya membuktikan Anwar diperbodohkan oleh KJ... Menurut Azmin, Ketua Pemuda UMNO Penipu Besar! Seterusnya klik pada tajuk entri....
Pembohongan Nizar Terbongkar!
Hebat Nizar spin memo photostat cap ayam!!
Memo ini mendedahkan penipuan tuduhan Nizar bahawa kerajaan Jepun membayar RM207 bilion kepada Malaysia. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Rakyat Malaysia Antara Tebusan Di Algeria, Lapor Berita Perancis
PARIS: Rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, lapor saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis.
Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia. Seterusnya klik pada tajuk entri....
PAS Dicabar Keluar Pakatan
Ahli Parlimen bebas, Zulkifli Noordin mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepimpinan eksekutif parti menarik balik dan membatalkan persetujuan bersama DAP-PKR membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Bob Lokman Hilang Akal Mempertahankan Patrick Teoh Hina Islam!
Pada mulanya Nik Aziz dan Haji Hadi mencetuskan kekeliruan ekoran pendirian mereka menyokong Guan Eng dalam isu kalimah Allah! Kini Ustaz segera PAS, Bob Lokman pula menyokong Patrick Teoh yang menimbulkan kenyataan kontroversi menghiris umat Islam... Seterusnya klik pada tajuk entri....
Kes Saman 100 Juta: Azmin si Tanggang Akan Jadi Hero Untuk Menyelamatkan Anwar!
Nampaknya chaii Anwar Ibrahim tidak boleh menerima hakikat apabila Anwar Ibrahim menarik balik saman malu terhadap KJ!
Menurut tweet Rafizi Ramli di twitter, mereka akan menuntut bela diatas kekalahan Anwar di mahkamah semalam… Seterusnya klik pada tajuk entri....
Wednesday, January 16, 2013
Video Politik Tongong : Misi Menawan Putrajaya Tongong Pembangkang!
Hello... hello.... korang buat apa? bosan? tak de buat apa? mengantuk...? Ok.... sila layan video politik tongong ni.... Pasni mesti korang jadi segar dan bersemangat wajar dalam perjuangan.... tak yah cita banyak jom layannnnnn......
Video url: http://youtu.be/h0DLuah-Ewk
Majlis Syura: Amanat Mungkar Hadi Bila Nak Selesaikan?
Isu Kalimah Allah akhirnya selesai dengan semua pihak sependapat iaitu, ia tidak boleh sama sekali digunakan dalam kitab dan risalah agama lain. Walaupun sebelum ini PAS mengambil pendirian bertentangan, tetapi kembali rasional setelah Majlis Syura bersidang dan memutuskan bahawa Kalimah Allah adalah ekslusif dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan agama lain. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Kalimah ALLAH : Media Pakatan Buka Ruang Serang PAS
Petikan dari blog Suarajagat - Keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS tidak membenarkan Kalimah ALLAH digunapakai oleh masyarakat bukan Islam (non-muslim) di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari kalangan bukan Islam dan juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Mereka menganggap PAS sebagai sebuah parti lidah bercabang. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Patrick Teoh Hina Islam!!!
Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.
Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.
Seterusnya klik pada tajuk entri....
Anwar Kecut! Tarik Balik Saman Terhadap Khairy Jamaluddin
Jelas terbukti Anwar petualang melayu dan agen yahudi… Anwar tarik balik saman kerana takut segala rahsianya akan diketaui umum... Defendant mana boleh tarik balik saman.. Hanya pengecut Anwar saja yang boleh tarik saman!
Angin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.
Bekas Kakitangan Adun DAP Ditangkap Diatas Tuduhan Penipuan
Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.
Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Isu Kalimah Allah - Guan Eng Say No Komen!
Setelah rancangan mereka gagal nampaknya Anwar Ibrahim dan Guan Eng memngambil keputusan untuk mendiamkan diri seketika sehingga isu ini dilupakan oleh rakyat... Seterusnya klik pada tajuk entri....
Bangkit Dengan Semangat Baru - DS Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang lalu dan berjanji akan bangkit dengan niat dan semangat baru.
Dalam perutusan tahun baharu kepada pengundi-pengundi di negeri itu, Perdana Menteri berkata, BN berjanji memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Selangor serta berusaha memenuhi janji yang dibuat. Seterusnya klik pada tajuk entri....
Tuesday, January 15, 2013
Bongkar Mahligai Mewah Di Shah Alam Milik Pemimpin PAS!
Pemimpin PAS selalu berkata orang UMNO/BN hidup mewah kerana makan duit rasuah, tipu rakyat dan sebagainya... ayat-ayat tersebut selalu dijadikan modal bagi mengutip derma untuk duit poket mereka sendiri.
Tetapi hakikatnya mereka juga sebenarnya hidup bergaya dengan kemewahan yang luarbiasa... hinggakan ada diantara mereka yang memiliki mahligai mewah, kenderaan mewah pendek kata segala-galanya mewah.
Jadi apa bezanya PAS dengan sendikit peminta sedekah dikaki lima?
Shah Alam Rebels: Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.
Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.
Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.
Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.
Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.
Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.
Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?
Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).
Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.
Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.
Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.
Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?
Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?
Punca HKR Hilang Sokongan Cina #KL112 #HKR112
Jumlah peserta yang jauh dari sasaran 1 juta sebenarnya, bukanlah satu-satunya faktor Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 dilihat sebagai gagal. Tetapi, sokongan yang merosot teruk dari kaum bukan Melayu juga adalah petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat semakin kehilangan sokongan rakyat.
HKR menyaksikan hanya 8% dari 45,000 peserta adalah dari kaum Cina, manakala kaum India jauh lebih corot sambutannya iaitu hanya 2%. Jumlah kedua-dua kaum ini yang begitu sedikit telah memaksa kaum Melayu PAS dan PKR mengangkat lambang DAP bagi pihak sekutu mereka itu. Antara koleksi gambar Melayu menjadi anjing kurap DAP di dalam HKR, kelihatan wanita bertudung dan lelaki berkopiah putih terkinja-kinja menjerit-jerit sambil memakai lambang DAP, serta sekumpulan anak muda mengarak banner bertulisan Cina.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Kalimah Allah: Blog Anwar AIDC Dakwa Pas Ada Perjanjian Sulit
Laman blog AIDC hari ini mendedahkan bahawa Pas telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), 18 hari sebelum mereka membuat ketetapan membenarkan kalimah Allah digunakan penganut selain Islam pada 4 Januari 2010.
Dakwaan blog Anwar AIDC yang memetik kenyataan bekas aktivis dan ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau juga dikenali C.N Afghani menerusi bukunya "Kafirkah Aku".
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Mat Sabu Main 'Korner Baring' Mahhh...
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," itu kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulas mengenai pendirian terkini beliau selepas badan tertinggi PAS memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke dalam bible bahasa Melayu.
Mat Sabu sebelum ini mengejutkan banyak pihak selepas dipetik mengatakan bahawa beliau setuju pengunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Azizan Jilat Ludah DAP! Tarik Balik Larangan Wanita Lakukan Persembahan Pentas
Tarik balik kenyataan.... ternyata PAS takut dengan DAP dan PKR. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak hari ini menarik balik larangan wanita lakukan persembahan pentas. Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS telah mempertahankan garis panduan untuk hiburan luar tetapi menarik balik larangan ke atas wanita melakukan pertunjukan pentas.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
DAP Ludah Slogan ‘PAS for All’
Kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS dikecam oleh DAP kerana garis panduan dari kerajaan negeri menghalang wanita dari melakukan persembahan sempena menyambut Tahun Baru Cina.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching, peraturan melarang wanita dari persembahan di pentas sempena Tahun Baru Cina dianggap sebagai mengarut dan tidak boleh diterima.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Jiwa Anwar Kacau.. "Kebangkitan Rakyat" Jadi Kemenangan BN!
Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.
Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Run Anwar Run....
Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Imam 'Selipar' Layan Bini Dengan Rakus Diatas Pentas
Kalau saya tegur lagi sudah tentu ada yang melenting kata saya suka kenakan puak pembangkang mainstream. Tapi kamu semua saksikanlah sendiri mutu atau jenis penceramah yang dijemput untuk mengambil bahagian. Setakat yang telah dipaparkan, seorang yang mengaku penghasut dan seorang lagi memang celaka.
Video klip yang seterusnya ini pula memaparkan Imam yang telah dipenjarakan atas kesalahan membaling selipar kearah hakim. Lihat saja keperibadian apa yang cuba ditunjuk oleh imam tersebut. Begitu rakus diperlakukan sehingga kelihatan panik isteri beliau dihadapan ribuan penonton..
- Minaq_Jinggo
pisssttt: orang macam ni pun PR nak kutip
Video URL http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=v-uFUky3K4k
Kalimah Allah: PKR Pegang Konsensus 2010
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei enggan mengulas mengenai keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dalam kitab Bible.
Beliau yang juga ADUN Seri Muda menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu itu.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Monday, January 14, 2013
Wow RM289,000 Dikutip Semasa #KL112... Agak-Agak Sape Masyuk?
Wow! Kaya... kaya... Sebanyak RM289,000 berjaya dikutip hasil derma orang ramai semasa Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka Sabtu lepas. Itu baru kutipan peserta yang masuk dalam stadium, yang kat luar ada dekat setengah juta peserta lagi. Kalau kutip sorang seringgit, mahu tambah lagi RM1 juta.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Himpunan #KL112 Lancar Bukti Transformasi PM Berjaya: Khairy
Kelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dianjurkan pembangkang pada Sabtu lalu menjadi bukti bahawa Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya diterjemahkan dan diterima oleh rakyat.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Hasan Ali Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura PAS
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam. Dalam kenyataannya hari ini, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Kalimah Allah: Anwar Akan Senyap Dalam Beberapa Minggu Ini - KJ
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjangkakan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap daripada memperkatakan tentang isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.
"Saya percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan senyap dalam beberapa minggu mengenai perkara ini," katanya.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Adun DAP Penang Buang Logo DAP Dan Umum Keluar Parti!
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)