Nik Abduh yang juga bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS negeri tewas kepada ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Abdul Latiff mendapat 78 undi untuk menewaskan Nik Abduh yang mendapat 56 undi.
Jawatan itu kosong selepas penyandangnya, yang juga ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim tidak mempertahankannya kerana usia melepasi 40 tahun, lapor Bernama.
Dalam pengundian pemilihan itu hanya satu undi perwakilan rosak.
Nama Nik Abduh mulai menjadi bualan ramai kalangan pemerhati politik selepas beberapa akhbar memetik tulisan dalam blognya yang menyentuh isu kepimpinan ulama dalam PAS.
Sementara itu seorang peguam Hisham Fauzi dipilih sebagai naib ketua dewan tersebut.
Beliau mengalahkan dua calon lain, iaitu Zamsuri Mohamad dan penyandangnya, Dr Rusli Allani Abdul Kadir.
Dr Rusli Allani ialah pegawai khas exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
1 comment:
Ketika UMNO kembali pada perjuangan asal menegakkan Islam, PAS sedang bertukar menjadi parti sekular (Negara Berkebajikan).
Kekalahan Nik Abduh mungkin tidak menyedihkan orang PAS sendiri namun mengecewakan kami pejuang perpaduan Islam.
Post a Comment