Saturday, October 2, 2021

Kebakaran Besar di Kampung Baru Karak, 30 Kediaman, Rumah Kedai Musnah!



Lebih 30 kediaman dan rumah kedai musnah dalam kebakaran besar di Kampung Baru Karak di Karak, malam tadi.


Kejadian bermula kira-kira pukul 9.30 malam itu.


Difahamkan deretan rumah di lorong satu, dua dan tiga di penempatan kampung baru Cina berkenaan musnah akibat api yang marak begitu cepat.


Sehingga pukul 12 tengah malam, pasukan bomba masih berusaha memadamkkan kebakaran dengan melakukan tumpuan di lorong empat dan bahagian premis kedai di hadapan jalan besar bagi mengelakkan api terus marak ke rumah lain.

Friday, October 1, 2021

Lokman didakwa dua pertuduhan di bawah Ordinan Darurat

 


Datuk Lokman Noor Adam hari ini didakwa di Mahkamah Siber bagi dua pertuduhan susulan kenyataan fitnahnya sebelum ini. Terdahulu Lokman diterima menjadi ahli UMNO semula.


Lokman yang juga pengikut setia bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak itu berdepan pertuduhan bawah Ordinan Darurat susulan kenyataannya berhubung kematian anggota polis dan kemasukkan warga India ke dalam negara yang kononnya menjadi punca penularan Covid-19.

Thursday, September 30, 2021

Lobakman kembali ke pangkuan Umno?

 

Penerimaan semula bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam untuk menjadi ahli parti itu semula adalah proses biasa.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam membuat ketetapan untuk menerima semula Lokman tetapi hanya sebagai ahli biasa.

Anak Azmi Caliph Buskers meninggal dunia - “Tunggu kami di syurga ya”


Baru sahaja menimang cahaya mata sulung berusia tiga hari, anak vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yang diberi nama Afnan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.

Isnin lalu, penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad merai penuh kesyukuran kehadiran cahaya mata lelaki Khairul Afnan.

Kejadian Cemas! Puting Beliung di Taman Bagan Kurnia, Chuah, Port Dickson


PORT DICKSON: Sebanyak 10 rumah di Taman Bagan Kurnia, Chuah, di sini, rosak akibat kejadian puting beliung yang melanda kawasan perumahan itu, pagi semalam.


Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu turut mengakibatkan seorang wanita warga emas, Siti Mariam Abu, 86, cedera di kepala selepas siling rumahnya terjatuh.

Wednesday, September 29, 2021

Pernah Jadi Antivaksin Abang Siti Sarah Mohon Maaf Pada Frontliners!


Tiada kata yang dapat menggambarkan kekesalan Ahmad Firdous Raisuddin yang pernah membuat dakwaan tidak berasas kepada petugas kesihatan yang telah bertungkus-lumus membantu membendung penularan COVID-19.


Bahkan, tindakannya sebelum ini yang secara terang-terangan antivaksin amat dikesalinya selepas diuji dengan wabak berkenaan.


Kekesalan dan kesedihan juga tentu sekali tambah berganda buat Ahmad Firdous, 40, apabila COVID-19 turut meragut nyawa adik kesayangannya, Allahyarham Siti Sarah.

Ayda Jebat pilih nama anak Ana Nayla

 


Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya dan berkongsi nama penuh bayi perempuannya itu, di Instagram.

Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu popular Pencuri Hati itu memilih nama cinta hati hati mereka Ana Nayla Ahmad Nabil.


Rusuhan hadapan Tokong, anggota polis diserang!


Polis menafikan sebuah tokong dirobohkan dalam satu insiden rusuhan yang menyaksikan kira-kira 30 individu lelaki dan wanita menyerang mesin jentolak dan anggota polis di Salak Selatan semalam.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian bermula apabila pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuala Lumpur menjalankan operasi untuk membina pagar penghadang bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.


Tuesday, September 28, 2021

Lupa 'check-out' MySejahtera? KKM beri keterangan... Jangan risau, anda tak bermalam di restoran

 

Sejak fungsi "check-out" diperkenalkan pada aplikasi MySejahtera, ramai pengguna mengadu kekurangan ciri peringatan (reminder) menyebabkan mereka sering terlupa menggunakan fungsi itu meskipun telah lama mendaftar keluar dan meninggalkan sesuatu lokasi.


Ini menyebabkan ada pengguna Twitter mencipta akaun parodi MySejahtera untuk mengingatkan pengguna agar mendaftar keluar (check-out) setelah mereka meninggalkan sesuatu tempat.


Malah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga secara berseloroh mengatakan dia juga pernah 'tidur' dalam pasar raya kerana lupa mendaftar keluar pada aplikasi berkenaan.

Pembantu Rumah Bekas Exco Telah Dirogol – Pegawai Penyiasat

 


IPOH – Seorang pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong telah merogol pembantu rumahnya.


Pegawai penyiasat kes itu, Asisten Superintenden Yap Siew Cheng berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan siasatan yang dilakukannya ke atas kes berkenaan.

Peguam Tegaskan Kes Adib Belum Berakhir!

 

Peguam Aidil Khalid yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menegaskan perbicaraan membabitkan anggota bomba yang terbunuh dalam tragedi rusuhan kira-kira tiga tahun lalu itu belum berakhir.


Dia juga mengkritik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin di parlimen yang mengatakan perbicaraan bagi mencari pembunuh Muhammad Adib telah berakhir pada 23 Sept.


Anwar Ibrahim sudah ‘move-on’ dan maafkan, tapi jangan ulang



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan agar tidak mengulangi ‘kesilapan’ lalu yang boleh menyebabkan kepercayaan terhadap institusi penting negara terhakis.


Ketua Pembangkang itu mengaitkan kes membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa terlibat dalam siasatan curi barang kes melibatkan seorang ketua jabatan bernilai AS$6 juta.